berita

Pemenang Bidaan Lari, Harta Dan Barangan Sajat Akan Dilelong Sekali Lagi

December 16th, 2021 | by Hariz
Kini Trending

Selepas seorang lelaki yang memenangi bidaan barangan di kediaman Sajat pada harga RM132,000 menghilangkan diri, pihak guaman daripada NHA Advocates & Solicitors kini dalam fokus bagi mendapatkan tarikh baru untuk harta serta barangan milik Sajat dilelong semula.

Artikel Berkaitan: Selepas Enam Kali, Lelaki Berjaya Bida Harta Sajat Dengan Nilai RM132,000

Artikel Berkaitan: Nur Sajat Mengaku ‘Transgender’ Semasa Live Di TikTok?

Artikel Berkaitan: ‘Dia Tinggalkan Nama Buruk’ – Nur Mustika Akui Tertekan, Jelaskan Tiada Kena Mengena Dengan Sajat Lagi

PA Aliff Syukri menghilangkan diri

Sebelum ini, media melaporkan pembida yang memenangi bidaan barangan di kediaman Sajat pada harga RM132,000 daripada keseluruhan lapan pembida itu disahkan sebagai pembantu peribadi usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, yang kini telah menghilangkan diri.

Lelaki itu dikatakan menghilangkan diri apabila tidak dapat dihubungi oleh pihak peguam selepas keluar dengan memberikan alasan menguruskan bank draf.

Peguam, Nurul Hafidzah berkata pihak guaman dan plaintif masih belum berbincang berhubung tindakan yang akan diambil terhadap lelaki tersebut dan buat masa ini, fokus diberikan untuk membuat permohonan tarikh baru bagi proses lelongan semula harta Sajat.

Pihak peguam akan mendapatkan tarikh baharu sesi lelongan itu dalam masa terdekat dan mengaturkan sesi lelongan baharu.

Selepas menerima tarikh bidaan, baru bincang perkara lain (failkan kes menghina mahkamah berikutan tindakan pembida mempermainkan proses lelongan) kerana sibuk dengan proses lelongan itu.

Menurut Hafidzah, prosedur lelongan akan kekal seperti biasa dan syarat lelongan adalah pembida perlu meletakkan deposit wang tunai sebanyak RM5,000.

Antara barangan paling mahal yang dilelong adalah piano bernilai RM40,000, manakala yang paling murah adalah set pembakar roti selain beberapa barangan lain seperti sofa, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, almari pakaian, set bilik tidur dan televisyen.

Harta dan barangan tersebut dilelong atas kebenaran Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan lalu bagi menyelesaikan bayaran Nur Sajat kepada bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle miliknya, OWA Resourses Sdn Bhd.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak plaintif menuntut pampasan RM183,000 yang gagal dibayar oleh Sajat melalui proses penyitaan itu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×