berita

‘Jangan Bergaduh Di Media Sosial Sebab Nampak Bodoh, Dapat Payment Ke?’ – Azhar Sulaiman

October 12th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Azhar Sulaiman Beri Komen Isu Shila Amzah Bergaduh

Baru-baru ini kecoh mengenai kemelut yang dihadapi penyanyi, Shila Amzah yang dilihat berbalah sesama sendiri dengan dua orang adiknya, Syafiq dan Syada Amzah sehinggakan menjadi bualan wargamaya.

Artikel Berkaitan: Netizen ‘Back Up’ Shila Amzah – ‘Adik Beradik Bukannya Budak Lagi, Takkan Tanggungjawab Masih Di Bahu Kakak?’

Azhar Sulaiman beri komen

Azhar Sulaiman Beri Komen Isu Shila Amzah Bergaduh

Terbaharu, pelakon Azhar Sulaiman tampil memberikan komen berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Menerusi Instagram, Azhar meluahkan rasa hairannya dengan sesetengah pihak yang dilihat secara terbuka membuka aib serta cerita dalam kain sehinggakan menjadi perhatian orang ramai di media sosial.

Bila tengok sesebuah keluarga berperang sesama sendiri di media sosial, terlintas di kepala Behar (Azhar Sulaiman), ‘Dorang ni semua dapat payment ke dari siapa-siapa untuk provide “drama” kepada netizen?’

Dalam pada itu, pelakon drama ‘Soffiya’ ini berharap agar keluarganya dilindungi dan terhindar daripada bertindak sedemikian.

Kita hanya menyakiti sesama kita apabila bertindak seperti ini. Nanti nak kena tunggu berapa kali Hari Raya baru nak berjumpa nangis2 & bermaafan?

Mengapa tidak memilih jalan yang lebih baik? Jangan bergaduh di media sosial sebab ianya bodoh sangat.

Terdahulu,  Shila dan dua adik beradiknya iaitu Syada serta Syafiq dilihat berbalah sesama sendiri selepas mereka tidak berpuas hati dengan keputusan penyanyi itu yang mahu menjual rumah pusaka yang didiami keluarga mereka.

Posting Instagram

Azhar Sulaiman Beri Komen Isu Shila Amzah Bergaduh

Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis Azhar dilihat sudah memadam posting tersebut.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×