berita

‘Jangan Berlapar’ – Kurang 40kg Dalam Masa 8 Bulan, Wanita Ini Kongsi Tips Penting Untuk Diet

October 24th, 2019 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Tidak dinafikan, usaha untuk menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Pasti ada saja halangan yang membuatkan seseorang kecundang di tengah jalan. Ini menyebabkan ada yang mencari jalan singkat dengan mengambil suplemen kurus.

Menerusi laman Diet Suku Suku Separuh, Siti Rohayatul Husni Mokhtar kongsi tips penting yang diamalkannya sehingga turun 40kg dalam masa 8 bulan. Makin cantik dan muda!

Turun 40kg, 8 bulan

FROM 95.6 KG AND NOW 54KG
Kak Chik ceritakan serba sedikit permulaan diet
Berat sebelum diet =90kg terkini=54kg

Segala apa yang kak chik makan untuk permulaan kak chik kira.. Guna App My FitnessPal. Jangan malas sangat nak kira atau nak lagi mudah buat je portion suku-suku separuh.

Kak Chik mengambil masa selama 8 bulan untuk loss 40kg. Sekarang ni masih on diet, fasa maintain jelah sekarang. Alhamdulillah sedikit perubahan. Berat untuk hari ni 54kg. Body fat terkini belum cek. Tinggi 160 cm. Kak chik dah dapat BMI normal. Kak chik dah berjaya lost
sebanyak 40kg.

Berkat usaha selama ni kak chik happy. Thank you cik husband yang banyak bagi semangat. Thank you geng dietku. Thank you mak dan family serta sifu-sifu. Thank you kepada yang menghina saya selama ni kerana kutukan anda saya bangkit.

Tips penting kurus

Okay kak chik ada sedikit tips untuk anda diluar sana.

(1) Cuba diet rendah kalori atau suku suku separuh
(2) Perhatikan pengambilan kalori
(3) Minum air masak dengan secukupnya terutama sebelum makan. Air masak boleh jadikan kulit kita sihat dan putih (yang penting ambil air dari asas yang bersih tau. Barulah terhindar dari sebarang penyakit.  Manfaat air putih juga bukan sekadar untuk tubuh badan tapi amat bagus untuk kecantikan, ianya dapat melembapkan dan menyegarkan kulit. Amalkan air putih yang banyak dari air manis)
(4) Lupakan diet dan makan secara seimbang (Apabila setiap masa anda terlalu fikirkan pasal diet. Anda akan tertekan)
(5) Banyakkan protien. Protien memainkan peranan utama dalam proses mengurangkan berat badan
(6) Guna pinggan lebih kecil untuk segenggam nasi
(7) Tidur dengan cukup 8 jam sehari. Kajian menunjukkan tidur yang tidak cukup punca terjadinya obesiti
(8) Buat sedikit senaman aerobik & cardio (Pasni teringin nak main gym nak jadi hakak sado)

Minum kopi tanpa gula

(9) Katakan tidak pada gula (untuk permulaan kurangkan kalau rasa anda tak boleh stop manis). Pertama gula semula jadi sangat bagus yang wujud dalam buah dan sayuran patut kita amalkan. Atau gantikan daripada menggunakan gula sebagai penambah rasa dalam minuman. Gantikan dengan stevia atau palsweets atau madu (madu pun terbaik). Semakin kurang pengambilan gula tambahan. Semakin sihat tubuh anda.
(10) Banyakkan sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan seharian kita. Sayur dan buah adalah makanan terbaik wujud di muka bumi kita. Rendah kalori, tinggi serat, tinggi kandungan air dan sangat mengenyangkan.
(11) Teh Hijau (kak chik guna Ahmad tea). Sangat membantu menurunkan berat badan. Teh hijau mampu meningkatkan metabolisma dalam tubuh dan memberi rasa kenyang yang lebih lama (tapi dalam masa yang sama makan kena jaga mengikut portion bukan sebab minum green tea kurus). Kang semua pakat beli green tea pulak naya kak chik hahahaha..
(12)Minum Air Kopi (tanpa gula). Sebelum memulakan senaman kak chik minum untuk lebih bertenaga. Kopi juga meningkatkan kadar metabolisma badan. Semakin tinggi metabolisma badan anda, semakin senang untuk anda kuruskan badan.
(13) Jangan berlapar. Bila anda berlapar anda akan makan lebih banyak. Tubuh akan mula membakar muscle (otot) untuk gantikan makanan. Metabolisma akan menurun.

Minum susu sebelum tidur

(14) Elakkan minum minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh (kecuali air gas yang zero kalori tu)
(15) Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air.
(16) Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.
(17) Minum susu sebelum tidur – Kita ikut cara sunnah. Banyak manfaat melancarkan saluran pembuangan, tidur lebih nyenyak dan lain-lain
(18) Ikut sunnah nabi kita berhenti sebelum kenyang
(19) Cara untuk kurus adalah dengan makan 6 kali sehari
(20) Last tips usaha dan tekad anda pasti berjaya. Tekad merupakan motivasi kuat dari niat yang ada dalam diri. Tekad ini sebenarnya modal utama yang sangat diperlukan bagi seseorang yang akan memasuki dunia usaha. So jom kita sama-sama kurus dan sihat.

Sekian terima kasih coretan dari Kak Chik. Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari saya sendiri. Ya Allah. Terima kasih atas semua nikmat yang telah diberikan untukku. Diberi kesihatan yang baik. Bantulah kami mengingatimu bersyukur kepadamu dan beribadah dengan baik kepadamu. Pimpinlah kami ke jalan yang diredhaiMu. Murahkanlah rezeki kami dan perbaikilah akhlak kami. Ampunkanlah dosa-dosa kami, ibu bapa, keluarga, sahabat-sahabat kami dan peliharalah kami dari siksa neraka. Aamiin.

Sumber : Diet Suku Suku Separuh

The following two tabs change content below.