berita

‘Jangan Biar Ego Musnahkan Hubungan’ – Layak Dapat Anugerah, Netizen Puji Ending 7 Hari Mencintaiku 2

August 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 sudah sampai ke penghujungnya hari ini. Drama arahan Jamal Khan, ini ternyata mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton.

Artikel berkaitan: Babak Nurul ‘Gold Digger’ & Helmi Tumbuk Jalil Buat Penonton Geram, Puas Hati!

Dalam episod akhir, rata-rata netizen gembira melihat hubungan Khuzairi dan Mia Adriana kembali bahagia. Malah, mereka turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata!

Mia mengandung lagi!

Umum mengetahui, Mia selamat melahirkan anak keduanya meskipun rumah tangganya dengan Khuzairi berdepan dengan pelbagai konflik. Namun, siapa sangka ibu mentua Mia iaitu Mak Leha, insaf dan kembali menerima Mia sebagai menantunya. Hubungan Mak Leha dan Mia semakin akrab dan secara tidak langsung rumah tangga yang dibina bersama Khuzairi semakin baik.

Mia turut memberitahu Khuzairi bahawa dia hamil anak ketiga mereka dalam episod akhir hari ini. Sebagai seorang suami, Khuzairi meluahkan perasaan gembira sebaik sahaja mengetahui berita tersebut. Selain Mia, Sofi turut melakukan kejutan yang sama terhadap suaminya Helmi. Sofi yang dipercayai sukar mendapat zuriat memberitahu Helmi bahawa dia disahkan mengandung. Mereka berdua dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Irfan Hakim.

Mama Mia meninggal dunia

Mengenai pengakhiran watak Puan Hayati iaitu ibu kepada Mia, wanita tersebut sempat memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga Pak Samad termasuk menantu dan anaknya. Hayati meninggal dunia dalam episod akhir 7 Hari Mencintaiku 2. Manakala, bapa Sofi iaitu Dato’ Johari masih terlantar sakit. Sebagai menantu, Helmi menjalankan tanggungjawabnya untuk menjaga Dato’ Johari.

Di akhir episod itu juga, Syakila pulang semula ke kampung dan bertemu dengan adiknya, Kenit. Syakila turut meminta maaf kepada Kenit di atas semua kesalahan yang pernah dilakukan. Malah, dia turut berjanji akan menjaga Kenit semula.

The power of true love

Rata-rata netizen, memberi pujian kepada seluruh krew yang terlibat dalam menjayakan drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini. Menurut netizen, karya tersebut layak menerima anugerah.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×