Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad kecewa dan meminta orang ramai untuk tidak mempersendakan gaya ‘angkat jari satu’ yang sering dikaitkan dengan kelakuan curang kaum lelaki.
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Dari Kita Manusia Melakukan Kesalahan ..’ – Buat ‘Pose’ Allah Yang Satu, Hafidz Roshdi Mengaku Curang?
Artikel Berkaitan: ‘Kau Je Tahu Apa Kau Simpan Dalam Telefon, Jadikan Peluru Sampai Kami Laki Bini Tersepit & Bercerai’- Rossa Sera
Risau lari aqidah
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad berkata, perbuatan curang adalah hal peribadi seseorang yang tidak boleh dilibatkan dengan agama.
Bagi saya, tanda itu (Allah Yang Satu) tak patut dimainkan. Takut lari akidah. Jangan libatkan agama dengan perbuatan itu. Sebabnya, yang bermasalah adalah individu itu sendiri.
Jangan disebabkan atau apa yang dia dah buat, contohnya dia pergi keluar tabligh, dia angkat tanda (La Ilaha Illallah) terus dianggap ini tanda-tanda lelaki yang akan curang dan pukul isteri.
Berhati-hati dengan setiap tindakan
Dalam pada itu bapa kepada 3 orang anak ini berkata, gaya ‘angkat jari satu’ tersebut tidak boleh diperlekehkan terutama bagi seorang muslim.
Saya sebenarnya kesal, kecewa dan sedih apabila melihat gaya ‘angkat jari satu’ yang juga tanda Allah Yang Satu ini dijadikan bahan jenaka serta dipersendakan segelintir individu dengan kaitan curang.
Menurutnya lagi, hal berkaitan dengan agama perlulah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia sangat sensitif untuk dijadikan sebagai bahan jenaka dan adalah lebih baik sekiranya dirujuk kepada ahlinya.
Ambil tahu maksudnya dulu sebab dalam solat lima waktu kita pun memang mengangkat satu jari dilakukan ketika tahiyat awal dan tahiyat akhir. Kiralah berapa banyak kali kita angkat dalam solat.
Jangan buat main perkara begini. Kalau tak tahu jangan nak perlekeh, dapatkan nasihat daripada orang yang tahu. Agama ajar yang baik, betul, terang dan jelas.
Terdahulu, ramai yang suka mengaitkan gaya jari tersebut dengan selebriti lelaki yang curang terhadap isteri mereka antaranya Hafidz Roshdi, Shuk Sahar dan ramai lagi.
Sumber: Harian Metro