Kisah rumah tangga pengacara dan pelawak terkenal iaitu Shuk Sahar dan Rossa Sera masih belum menemui titik noktah meskipun baru-baru ini, mereka dilihat menunaikan umrah bersama-sama.
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Jual Mahal, Tapi Hati Masih Terluka’ – Rossa Sera
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar & Rossa Terima Keputusan Mahkamah Selepas Balik Umrah
‘Shuk terseksa sebab kau’
Foto: Rossa Sera atau nama sebenar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Sera seolah memberi bayangan bahawa perkahwinannya dengan Shuk sudah berakhir. Bukan itu sahaja, Sera turut meluahkan rasa kesal dengan sikap seorang wanita yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan Shuk kerana masih mengganggu kehidupannya.
Bapak punya jahat lah manusia macam kau ni. Aku jadi saksi mata kepala aku sendiri macam mana Shuk terseksa dulu sebab kau. Aku sanggup mengalah demi masa depan dan kesihatan mental kami laki bini masing-masing.
Kau ugut dia macam-macam sampai bercerai-berai pun dah. Tapi kau masih lagi sia-siakan dia. Bila dia tak nak layan kau mula provok dia macam-macam dulu. Mana lah common sense kau.
Tidak cukup dengan itu, Sera mendakwa wanita terbabit sering membuat pelbagai ugutan terhadapnya dan Shuk.
Kalau dulu aku bertahan kau cakap ‘demi nak hidup senang je ya suri rumah, so apa Shuk buat aku pejam mata. Hakikatnya kau je tahu apa yang kau simpan dan jadikan bullet dalam telefon mu dulu sampai macam tu sekali eh kami laki bini punya tersepit kau ugut. Video, gambar, conversation dan lain-lain. Kau tahu ni punca rezeki dia nak sara anak bini.
‘Hubungan dulu macam hidup dalam neraka’
Foto: Rossa Sera dan Shuk Sahar
Menerusi perkongsian lain, Sera turut memuat naik perbualan Shuk yang cuba memujuknya kembali namun Sera akui sudah tawar hati. Malah dia lebih selesa menganggap hubungan bersama Shuk kekal sebagai kawan.
Terima kasih untuk empat tahun lepas sebab dah berjuang untuk bersama kami. Kita merancang Allah yang menentukan walaupun jalan memisahkan kita tapi mendekat kita dengan Allah. Alhamdulillah, sangat bahagia tengok kamu berubah.
Hubungan kami berkawan lagi sihat daripada dulu rasa macam hidup dalam neraka. Semoga Allah selalu merahmati mu atas segala kesabaran dan kebaikan kamu selama ini
Tambah Sera lagi, perpisahan tersebut secara tidak langsung banyak mengajar mereka menjadi ibu dan ayah yang lebih baik demi masa hadapan anak-anak.
Shuk pujuk nak berbaik
‘Shuk dah cuba yang terbaik’
Sumber: Rossa Sera