Baru-baru ini, seorang individu dilihat meninggalkan komen berbentuk ‘body shaming’ di akaun Instagram penyanyi, Liza Hanim.
Berikutan komen tersebut, pihak OhBulan! berjaya menemu bual pelantun suara ‘Gelisah Mimpi’ itu bagi mendapatkan respons.
Artikel berkaitan: ‘Bila Kuah Tumpah Ke Nasi’ – Nyanyian Puteri Sulung Liza Hanim Curi Tumpuan, Merdu Macam Ibunya!
Artikel berkaitan: Peminat Sebak Tengok Liza Hanim Kongsi Pentas Dengan 2 Anak Perempuan – ‘Mereka Lihat Anak Saya Membesar’
Tak kenal dia siapa
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, individu tersebut berkata, bentuk badan Liza kelihatan ‘tembam’ jika dibandingkan dahulu. Tambah individu berkenaan, dia pernah berjumpa dengan penyanyi itu di studio rakaman arwah Johan Nawawi suatu masa dahulu.
Susulan daripada itu, ibu kepada lima orang cahaya mata ini berkata dia tidak pernah mengenali individu tersebut secara peribadi. Tambah Liza, dia berasa tersinggung sebaik sahaja membaca komen tersebut. Sebagai seorang ibu, Liza memberitahu isu berat badan sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya lebih-lebih lagi selepas bersalin.
Saya dah biasa dengar benda ni. Sebab isu berat badan dah lama. Sejenis bila bersalin memang lambat turun berat. Saya okay dengan benda itu. Tapi saya tak faham kenapa ada individu yang tidak mempunyai adab dan sopan santun tatkala bercakap dengan seorang wanita mengenai berat badan dan body shaming.
Mereka tahu tak komen-komen macam itu boleh buat ramai yang terasa. Sebagai manusia saya terasa. Tambah pula, dia bandingkan zaman saya masih anak dara dengan sekarang yang sudah ada lima orang anak. Saya tahu individu tersebut ada anak dan isteri. Takkan dia tak faham?
Berbicara lebih lanjut, Liza berkata disebabkan komen sebegitulah ramai individu di luar sana menghadapi masalah seperti anxiety, bulimia, aneroksia dan yang seangkatan dengannya. Ujarnya lagi, orang yang menghidap penyakit seperti ini akan berasa sakit dan terluka apabila mendengarnya.
Komen macam itu boleh ‘trigger’ orang lain. Sebab komen macam itu jugalah saya dapat mesej dari seorang individu yang ada masalah bulimia. Mesej itu buat saya rasa sedih sangat. Boleh mengundang perkara tak baik dekat orang lain.
Jangan buat orang sentap
Macam saya, mungkin okay sebab saya ada lima orang anak. Bayangkan orang yang memang ada masalah. Setiap kali nak komen, tolong jangan buat orang sentap. Fikir dahulu. Pasti ada yang akan terasa. Keyakinan diri setiap orang berbeza.
Liza turut memberi pesanan dan nasihat kepada semua orang agar jangan bercakap mengenai rupa mahupun bentuk badan seseorang. Ini kerana, setiap manusia dicipta berbeza-beza.
Setiap orang mempunyai metabolisme badan yang berbeza termasuk bentuk badan, warna kulit, mata dan sebagainya. Jadi, tak ada siapa pun yang sempurna dalam dunia ini. Termasuk orang yang suka beri komen terhadap orang lain.
Korang kena tahu, body shaming ni merupakan jenayah dan boleh didakwa kerana ianya pembuli siber. Boleh melibatkan kesihatan mental.
Di akhir temu bual, Liza berharap masyarakat pada hari ini dapat menggunakan akal fikiran untuk berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap dan meninggalkan komen.