Penyanyi yang popular dengan lagu Siapa Sangka Siapa Menduga, Liza Hanim menerusi laman Instagram memuat naik satu video menunjukkan anak sulungnya, Marsya Qistina sedang menyanyi di dalam satu pertandingan di sekolah.
Video yang dikongsikan tersebut berjaya mencuri perhatian netizen kerana anaknya memiliki suara yang sungguh merdu dan juga vokal yang mantap persis ibunya. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi kan?
Tiada lagi tangisan
https://www.instagram.com/p/BuGgzQKH-1l/
Lagu Tiada Lagi Tangisan yang pernah dipopularkan oleh Aishah, merupakan lagu pilihan Marsya ketika pertandingan tersebut berlangsung.
Menerusi video tersebut juga, Liza Hanim meluahkan perasaan bangga dan gembira apabila anaknya berjaya menjadi juara pertandingan tersebut. Baginya, ibu mana yang tidak gembira apabila anaknya mempunyai bakat yang sama.
Komen netizen
Melalui komen netizen, ternyata mereka gembira dan bangga melihat video nyanyian puteri sulung Liza Hanim itu. Mereka turut berharap penyanyi tersebut dapat memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada anaknya, agar bakat yang sedia ada dapat dikembangkan.
Komen penyanyi asal
Penyanyi asal lagu Tiada Lagi Tangisan, Aishah dan Jaclyn Victor turut meninggalkan komen tahniah buat anak penyanyi itu dan mereka turut merasai hal yang sama iaitu bangga dengan nyanyian yang disampaikan.
Melalui perkongsian hidup dengan suaminya, Mohd Shahrin Mohd Samsudin yang juga seorang penyanyi, bekas kumpulan Indigo, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.
Sumber: Liza Hanim