berita

‘Jangan Diabaikan Hak-Hak Agama’ – Zul Yahya Tegur Isu Foto Artis Berpelukan Mesra Tepi Pantai

November 13th, 2019 | by Azizi Rahman
Lensa Insta

Kecoh di media sosial apabila foto intim pelakon Zul Ariffin yang sedang berpelukan dengan Intan Najuwa tersebar. Rata-rata beranggapan bahawa aksi tersebut tidak sesuai memandangkan status Intan sebagai tunang orang.

Sebelum ini PU Syed telah memberi teguran terbuka kepada kedua pelakon tersebut. Terbaru, menerusi Instagram, pelakon senior Zul Yahya turut memberi pandangan berkenaan aksi kedua pelakon tersebut.

Jangan abaikan hak-hak agama

Mencari rezeki jangan diabaikan hak-hak agama. Dulu aku pun pernah melalui kesilapan-kesilapan ini tapi sampai bila kita nak lakukannya sedangkan hari ini ramai manusia berlumba-lumba untuk mendapat kebaikkan dan kemanisan agama.

Kepada adik-adik yang masih diberi peluang untuk berkarya di medan seni bawalah seni itu dengan adab dan tontonkan kepada mereka bahawa seni itu lebih indah dengan adab.

Seni itu juga boleh menjadi asbab atau isyarat manusia datang kepada agama. Sedarlah kita hari ini semakin ramai manusia yang inginkan seni yang penuh dengan adab dan sunnah.

Pesanan untuk semua yang terlibat didalam bidang seni hiburan tanah air baik didepan layar di belakang atau pun pengemar hati-hati kerana hari ini semua perkara aib mudah tersebar. Berkasih sayanglah hanya kerana Allah.

Tingkatkan sunnah. Sunnah bawa kejayaan dunia dan akhirat.

Rakan artis bersetuju dengan pendapatnya

Cara teguran yang sangat baik

Sumber: Zul Yahya

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Manchester United top 4 season ni, percayalah!