Isteri kepada pelawak dan pelakon, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh berharap orang ramai tidak menjadikan anaknya bahan ejekan apabila meningkat dewasa susulan kontroversi yang terpalit membabitkan dirinya dan suami.

Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Berang Fara Salleh Petik Nama Ibu Bapa, Tunjuk Bukti Transaksi Nafkah – ‘Jangan Main Gila Dengan Aku’

Artikel Berkaitan: Fara Salleh Mohon Shuk Bertanggungjawab, Kesal Nada Diazan & Iqamat Selepas Lima Hari – ‘Ini Bukan Anak Haram’

Anak terkena tempias

Menerusi hantaran di Instagram Story, Fara berasa risau jika satu hari nanti anaknya yang diberi nama Elaine Nada itu akan terkena tempias.

Nanti kalau Nada satu sekolah dengan anak korang, jangan lah ejek dia. Dia sempurna, cantik. Dia bukan anak luar nikah. Dia ada keluarga yang lengkap sebelum ini tetapi sekarang lebih lengkap.

Cuma silap pada mak ayah dia, Nada terkena tempias. Tapi jangan risau, Nada ada saya yang akan sentiasa lindunginya. Ajarlah anak korang bab ini. Jangan ejek-ejek anak orang.

Jelas Fara lagi, dia sudah berusaha sehabis baik untuk menuntut keadilan kepada anaknya, namun mendakwa Shuk tidak memberi kerjasama ketika berurusan di mahkamah sebelum ini.

Saya bukan tidak berusaha menuntut keadilan, dua kali naik mahkamah seorang diri. Kali terakhir naik mahkamah 10 Jun tapi dia (Shuk) tak datang, dia pergi bercuti dengan anak-anak yang lain di Sabah.

Sedangkan notis dia dapat untuk tarikh itu. Jadi bahagian mana yang dia ingin tegakkan sekarang ini? Aku pernah pesan pada dia jangan susahkan anak ini, itu sahaja.

Kau hanya perlu datang mahkamah sahaja lain semua aku boleh selesaikan. Cuba google balik kes ini viral awal-awal dan masa orang interview aku. Kenapa aku settlekan surat beranak tak tggu?

Sebab apa-apa hal urusan surat beranak ini lah penting. Jadi nak tak nak kena buat dulu surat beranak. Nak
tunggu mahkamah masih lama dan panjang sangat sebab si lelaki tak datang mahkamah.

Kemelut rumah tangga Shuk dan Fara terus berpanjangan apabila masing-masing saling berbalas kenyataan dalam media sosial masing-masing.

Fara meluahkan rasa berang apabila mendakwa Shuk langsung tidak mengambil tahu mengenai anak mereka selain mendakwa culas memberikan nafkah.

Tidak berdiam diri, Shuk kemudian mengemukan beberapa bukti transaksi menyatakan dia sudah memberikan nafkah.

Terdahulu, Fara memaklumkan telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Elaine Nada pada 26 Jun lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2023.

Sumber: Instagram