berita

‘Jangan Gelar Siti Munirah Penyondol, Dia Tak Pernah Sondol Saya’ – ND Lala

September 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

ND Lala Siti Munirah

Penyanyi veteran era 80-an, Datuk ND Lala berharap orang ramai berhenti memanggil isterinya, Siti Munirah dengan gelaran ‘penyondol’.

Artikel Berkaitan: ND Lala Nafi Disihir Isteri Muda, Jawab Isu Anak Lelaki Curi Kereta – ‘Satu Malaysia Dah Benci Saya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Berhenti Buat Cerita Palsu, Bekas Isteri Saya Banyak Kali Mendesak & Ugut Minta Diceraikan’ – ND Lala

Berhenti panggil penyondol

ND Lala Siti Munirah

Menerusi hantaran di Instagram, ND Lala berkata Siti Munirah tidak pernah ‘menyondol’ mahupun cuba mengurat dirinya.

Sebaliknya, penyanyi itu sendiri yang melamar isterinya sebelum mendapat restu daripada bapa wanita berkenaan.

Jangan juga gelar Siti Munirah sebagai penyondol. Kerana dia tidak pernah sondol atau mengurat saya.

Saya yang melamar dia, pada awalnya dia tidak mahu pun saya. Akhirnya saya minta restu ayah Siti Munirah. Ayahnya setuju dan kami bernikah.

Dalam masa sama, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu berkata sekiranya Siti Munirah benar seorang penyondol, dia boleh didakwa di mahkamah.

Jika benar dia sondol, sekarang ada akta untuk dibawa ke mahkamah. Siti Munirah tidak sondol, tetapi saya melamarnya secara sah.

Terdahulu, ND Lala tampil menjawab segala spekulasi dan kontroversi yang timbul melibatkan dirinya bersama bekas isteri, Fauziah Sarman.

Dalam beberapa siri hantaran video yang dimuat naik di Instagram, ND Lala menjelaskan mengenai isu perceraiannya, isu membabitkan impak jenayah, ghibah dan fitnah.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×