berita

ND Lala Nafi Disihir Isteri Muda, Jawab Isu Anak Lelaki Curi Kereta – ‘Satu Malaysia Dah Benci Saya’

September 9th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

ND Lala

Penyanyi terkenal era 80-an, Datuk ND Lala tampil memberi penjelasan berhubung penularan video yang mendakwa anak lelakinya, Muhammad Syafiq telah mencuri kereta milik isterinya, Siti Munirah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Berhenti Buat Cerita Palsu, Bekas Isteri Saya Banyak Kali Mendesak & Ugut Minta Diceraikan’ – ND Lala

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ND Lala Didakwa Macam ‘Pak Turut’, Rakam Pengakuan Maaf Anak Dituduh Curi Kereta Isteri Muda

Isu curi kereta reputasi jatuh

ND Lala

Menerusi perkongsian di YouTube, ND Lala berkata susulan penularan video berkenaan, reputasi dan kerjayanya telah terjejas sehingga dia menerima kecaman bertalu-talu daripada orang ramai.

Satu video telah ditularkan oleh bekas isteri saya di media sosial yang menyentuh tentang saya dan isteri saya Siti Munirah berkenaan isu kereta.

Akibat daripada perbuatan jahat ini saya telah dihina, dicemuh dan dicaci oleh masyarakat. Ini benar-benar menjatuhkan maruah dan reputasi yang telah saya bina sejak 1982.

Saya tidak pernah dihina sebegini teruk oleh masyarakat. Hanya kerana isu ini semua rekod kejayaan saya terpadam. Saya dikecam satu Malaysia, sebelum ini kalau peminat jumpa saya mereka akan tegur saya. Tapi kali ini nampak peminat tarik muka dan nampak wajah benci.

Menurut ND Lala, bekas isterinya iaitu Fauziah Sarman juga telah berbohong dengan mengatakan dia tidak dapat menghubungi penyanyi itu bagi membincangkan isu tersebut.

Kereta itu memang kepunyaan Siti Munirah. Bekas isteri saya kata ada orang Kedah telefon minta bawa balik kereta kerana saya sedang sakit. Persoalannya, kalau saya sakit ambil la sendiri dan bawa saya balik. Kenapa perlu ambil kereta orang?

Bekas isteri saya juga telah berbohong tentang kenyataan orang Kedah terpaksa cari anak saya disebabkan saya tidak dapat dihubungi ketika itu.

Faktanya, anak saya telah pergi ke Kedah untuk ambil kereta pada 20 Disember 2022, tapi sehari sebelumnya saya berada di IPD Kuala Kangsar, saya ada bercakap dengan bekas isteri melalui telefon dan anak-anak saya.

Ertinya sehari sebelum saya ada bercakap dengan mereka. Kenyataan yang kata saya tidak dapat dihubungi adalah satu pembohongan.

Tambah bapa kepada empat cahaya mata itu lagi, dia telah dihalang oleh bekas isterinya ketika mahu mengambil semula kereta tersebut sehingga mereka bergaduh dan bertengkar.

Susulan pertengkaran tersebut, ND Lala mengambil keputusan untuk keluar daripada kediamannya yang terletak di Ulu Langat.

Dua hari kemudian saya pulang ke rumah di Ulu Langat dan mendapati kereta itu ada di rumah, saya mahu mengambil kereta tersebut untuk dipulangkan kepada Siti Munirah.

Namun saya dihalang oleh bekas isteri daripada berbuat demikian, kami bergaduh dan bertengkar. Mereka tahu kereta itu milik Siti Munirah.

Saya sudah beri penjelasan kepada keluarga saya namun mereka tidak mempercayai saya. Pada malam tersebut saya ambil keputusan untuk keluar daripada rumah.

Walaupun saya keluar dari rumah saya masih berusaha pujuk untuk pulangkan kereta tersebut kerana kereta itu orang punya. Dalam tempoh itu saya risik kereta tersebut tiada di rumah dan digunakan. Kalau apa-apa terjadi bahaya.

Menurut ND Lala, laporan polis juga sudah dibuat oleh Siti Munirah.

Siti Munirah telah berbincang dengan bapanya untuk membuat laporan polis disebabkan keluarga saya tidak mahu memulangkan kereta tersebut. Namun saya minta mereka jaga hubungan dengan bekas isteri saya.

Saya minta Siti Munirah jangan masukkan nama bekas isteri saya sebagai orang yang mencuri kereta, walaupun dia yang suruh anak saya ambil. Alhamdulillah Siti Munirah setuju.

Nafi disihir

ND Lala

Jelas ND Lala, selepas beberapa kali usaha pujuk-memujuk dilakukan, akhirnya bekas isteri dan anaknya bersetuju untuk memulangkan semula kenderaan tersebut.

Selepas beberapa kali memujuk, akhirnya anak saya bersetuju untuk memulangkan semula kereta. Saya minta nasihat kawan-kawan yang lebih arif tentang undang-undang untuk proses penyerahan kereta itu.

Jadi saya buat rangka draft supaya dapat melindungi kedua-dua belah pihak. Saya tak mahu anak saya direman dan dipenjarakan. Serahan kereta itu tidak dibuat di rumah saya tetapi di luar.

Dalam pada itu, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu turut menafikan dirinya telah disihir Siti Munirah disebabkan wajahnya kelihatan sugul dan tidak terurus dalam video yang tular tersebut.

Waktu penyerahan itu saya nampak sugul kereta betul-betul dalam keadaan tertekan ketika itu. Bukan kerana saya telah disihir oleh Siti Munirah. Saya sendiri merakam video penuh daripada awal hingga akhir.

Ketika pertemuan itu, kekasih anak saya telah merakam dan kemudian serahkan pada bekas isteri saya. Kemudian bekas isteri saya telah edit dan menukar cerita sebenar.

Bagaimanapun, kata ND Lala meskipun kenderaan sudah dipulangkan, namun beberapa dokumen penting seperti pasport miliknya dan isteri masih di tangan Fauziah.

Video

Sumber: YouTube

SKIP THIS AD ×