berita

‘Jangan Guna Agama Sebagai Topeng …’ – Bapa Da’i Syed Tampil Buka Mulut

November 25th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam heboh di Twitter, seorang gadis mendakwa salah seorang peserta program dakwah popular telah merogol rakannya sendiri. Susulan daripada tuduhan tersebut, Da’i Syed telah tampil ke pejabat polis bagi membuat laporan. Namun, sehingga kini masih tiada respon daripada pihaknya.

Artikel Berkaitan: ‘Maaf! Tiada Komen Apa-Apa Dari Saya’ – Da’i Syed

Terbaru, bapa kepada Da’i Syed, Seif Jamalullail, menerusi Facebooknya memberikan respon terhadap ujian yang menimpa anaknya.

Bertalu-talu mesej masuk

Foto: Seif Jamalullail

Assalamualaikum wbt..
Firman Allah ” Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai Fitnah/cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” (QS. Al-Anfaal) Semua sudah maklum DAI SYED adalah anak saya. Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya beserta SS yang dah viral. Masing² menunggu balasan dan respon saya. Saya nyatakan disini utk tatapan semua yg bertanya. Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan utk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya , namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun. Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah S.W.T. untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Alah mengembalikan anak saya ke jalan yg benar dan diredhai. Saya lebih rela dia diadili di dunia daripada dihadap di akhirat dihadapan Qadhi Rabbul Jalil. Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yg bermuamalah dengan dia supaya berhati² lah, terutama pada wanita.

Menerusi posting tersebut, bapanya menceritakan menerima banyak mesej daripada orang ramai susulan isu yang terjadi kepada anaknya dan menunggu maklum balas daripadanya. Jelasnya, dia telah memberikan didikan yang secukupnya kepada anaknya sejak kecil, seperti apa yang disarankan oleh agama Islam.

Bahkan dia (bapa) menyerahkan apa yang terjadi ini kepada Allah S.W.T. dan meminta agar anaknya diberikan kesedaran jika benar bersalah seperti apa yang dikatakan. Tidak berakhir di situ, dia turut meminta anaknya supaya lebih ‘berhati-hati’ dengan wanita yang dikenali.

Viral dah lama

Foto: Da’i Syed

Isu viral ni dah lama, hari ni makin jadi heboh pulak.. kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apalagi adik²nya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan² sindiran dan ejekan dari teman² disekolah. Bagi mereka² yg pernah menghubungi untuk mengadu kpd saya (yg mengaku mangsa) , pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya. Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut. Sabda Nabi “Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya’” – Hadist. Peringatan terbuka kepada Dai Syed : “Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/diviral, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis.

Tambahan pula, isu ini dah lama terjadi dan mereka sekeluarga ‘penat’ dengan nasib yang menimpa anaknya. Tambahan pula, dia sendiri ‘mencadangkan’ mangsa untuk tampil membuat laporan polis supaya anaknya dapat disiasat dan tindakan sewajarnya dapat diambil.

Pada posting tersebut, dia turut memberikan nasihat kepada anaknya supaya tidak menggunakan agama Islam sebagai ‘topeng’ untuk menyembunyikan kegiatan ‘jahat’ yang dilakukan.

Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah kejalan Allah dan jalan leluhurmu.. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu..” Kami pihak keluarga hanya mampu berdoa supaya dijauhkan segala fitnah duniawi dan diberikan keberkatan dalam hidup dan mati.

Dia juga meminta anaknya untuk meninggalkan dunia selebriti dan kembali semula kepada Allah S.W.T. Jelasnya lagi, mereka turut merindui anaknya yang ‘dahulu’.

Sumber: Seif Jamalullail

SKIP THIS AD ×