berita

‘Maaf! Tiada Komen Apa-Apa Dari Saya’ – Da’i Syed

November 24th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Di Twitter, seorang gadis telah mendakwa salah seorang peserta program dakwah popular dipercayai telah merogol rakannya. Gadis ini, turut mendakwa rakannya kini berada dalam keadaan trauma akibat episod hitam yang telah berlaku.

Artikel berkaitan: Peserta Program Dakwah Popular Didakwa Merogol, Bawa Gadis Pulang Ke Rumah?

Susulan daripada itu, Dai Syed yang didakwa merupakan individu tersebut telah tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.

Tiada komen

Menerusi Instgaram Story, Da’i Syed memuat naik fotonya bersama laporan polis yang telah dilakukan olehnya. Pada masa yang sama, tiada komen yang akan diberikan oleh pihaknya.

Terdahulu, seorang gadis mendakwa rakannya yang naif itu dipercayai telah dibawa pulang ke rumah peserta program dakwah tersebut. Sebagai seorang rakan, dia berasa sangat marah dan sedih kerana tidak mampu membuat apa-apa. Pada masa yang sama, gadis tersebut menafikan dirinya berselindung di sebalik akaun palsu. Gadis itu juga dipercayai telah menukar setting akaun kepada umum. Malah, dia turut menyertakan beberapa lagi dakwaan berkenaan sikap tidak bertanggungjawab lelaki tersebut.

Sumber: Da’i Syed

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×