berita

‘Jangan Kaitkan Saya Bersama Dia Lagi’ – Bekas Suami Doa Nadia Brian Dapat Kebahagiaan Yang Dicari

April 6th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas beberapa bulan berdepan dengan masalah pergolakan rumah tangga, akhirnya pelakon cantik, Nadia Brian dan suami telah menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu. Berita mengejutkan ini didedahkan sendiri oleh Nadia Brian.

Artikel berkaitan: ‘Setelah Beberapa Lama Gantung Tanpa Tali Akhirnya Saya Sudah Bercerai..’ – Nadia Brian

Artikel berkaitan: Akui Dah Tawar Hati, Nadia Brian Minta Suami Cepat-Cepat Lafaz Cerai

Menerusi laporan Harian Metro, bekas suami Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin turut mengaku bahawa mereka berdua sudah bercerai di luar mahkamah.

Bersaksikan wakil kedua belah pihak

Lafaz cerai dilakukan malam Jumaat lalu di kawasan perumahan di Puchong dan bersaksikan wakil daripada dua pihak. Disebabkan mahkamah lambat menetapkan tarikh perbicaraan, saya membuat keputusan untuk melafazkan cerai di luar mahkamah. Dengan cara ini kami dapat ‘move on’ dengan kehidupan kami.

Menurut Muizz, dia melafazkan cerai di luar mahkamah. Ini kerana, tarikh perbicaraan di mahkamah agak lambat. Terdahulu Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi mengesahkan dia dan Muizz sah bercerai talak satu.

Menurut pelakon itu, perceraian terbabit dilakukan di luar mahkamah seperti yang diminta Muizz. Sebelum ini, Muizz turut memuat naik status di Instagram seakan-akan memberi bayangan mengenai status rumah tangga mereka dengan mengatakan dia ingin memulakan kehidupan baharu.

Mula kehidupan baru

Selepas ini saya harap jangan kaitkan saya bersama dia lagi. Saya doakan yang terbaik buat Nadia dan semoga dia dapat kebahagiaan yang dicarinya.

Tambah Muizz , dia berharap tiada pihak cuba mengaitkan dirinya dengan Nadia selepas ini. Ujarnya lagi, dia turut mendoakan supaya bekas isterinya bertemu kebahagiaan di dunia dan akhirat. Terdahulu, isu pergolakan rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan sejak Oktober lalu. Malah, Muizz turut mendakwa bekas isterinya itu telah curang.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×