Pada malam Isnin, pempengaruh Syifa Melvin dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid selamat disatukan sebagai suami isteri yang sah.
Artikel Berkaitan: Safawi Rasid & Syifa Melvin Sah Jadi Suami Isteri
Doa yang baik
Meskipun pasangan ini menghalalkan hubungan namun ada juga segelintir pihak yang kurang senang dengan momen bahagia itu.
Susulan itu, ibu kepada Syifa iaitu Robiah Rahman memohon untuk berhenti mengecam anak perempuannya. Kata ibu kepada lima orang anak itu, jodoh adalah rahsia Allah.
Minta semua doakan yang baik-baik saja ya. Moga doa yang baik-baik itu berbalik pada yang mendoakan.
Tak mau kecam teruk sangat. Buat tambah dosa saja. Jodoh pertemuan rahsia Allah.
Istighfar banyak
Dalam pada itu, Robiah menegaskan kepada netizen agar menjadi lebih sensitif sebelum berkata-kata kerana Syifa masih mempunyai ibu bapa dan keluarga.
Jangan kecam melampau macam Syifa tak ada mak bapa. Tak ada keluarga untuk rasa sakit hati.
Sabar banyak-banyak. Istighfar banyak kalau rasa tak puas hati. Ambil wudhu pergi solat agar tenang hati.
Semalam, Syifa, 28, sah bergelar isteri kepada Safawi, 25, dengan sekali lafaz sekitar pukul 8.46 malam dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya.
Sumber: Instagram @robiahrahman