Mandi air laut bukan sekadar aktiviti rekreasi di pantai, tetapi juga dikaitkan dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh.

Artikel Berkaitan: Tukar Lemak Jahat Kepada Lemak Baik, Jom Ubah Menu Harian Kepada 5 Makanan Rendah Kolesterol Ini

Artikel Berkaitan: Kelebihan Habbatus Sauda Untuk Kesihatan Jantung & Pesakit Diabetes

Kesan positif kepada sistem saraf

Mineral semula jadi dalam air laut, seperti magnesium, kalium, dan kalsium, dikatakan dapat membantu merangsang peredaran darah, melegakan otot yang tegang, serta menyokong kesihatan kulit dengan membersihkan kotoran dan toksin.

Selain itu, berendam atau berenang di laut juga boleh memberi kesan positif terhadap sistem saraf, membantu mengurangkan stres, dan meningkatkan kesejahteraan mental secara keseluruhan.

Udara segar di tepi pantai boleh membantu meningkatkan fungsi paru-paru, mencairkan kahak, dan mengurangkan ketidakselesaan akibat batuk.

Kehadiran garam, iodine, dan magnesium dalam udara laut dikatakan mampu menyokong sistem imun, dan dalam masa yang sama dapat memberi persekitaran yang lebih segar dan bersih.

Air laut yang kaya dengan garam semula jadi turut memberi manfaat kepada kulit jika digunakan secara sederhana dan konsisten. Ia boleh membantu detoks kulit, mempercepatkan penyembuhan luka, dan mengurangkan bengkak.

Berendam dalam air laut yang tinggi kandungan magnesium juga membantu kulit kekal terhidrat, sambil membolehkan penyerapan vitamin D secara semula jadi daripada cahaya matahari.

Selain manfaat fizikal, suasana pantai yang tenang dengan bunyi ombak boleh menarik perhatian anak-anak dan memberi kesan positif kepada mood serta emosi mereka.

Sumber: Sinar Plus