berita

‘Jangan Lupa Ben Sudah’ – Ellie Suriaty Kongsi Perbualan Terakhir Bersama Arwah Benjy

July 12th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy telah dilaporkan meninggal dunia semalam, di sebuah hospital di Medan, Indonesia disebabkan asma. Pemergian anak kepada seniwati Allahyarhamah Azean Irdawaty itu memberi kesan kepada ramai orang termasuk rakan artis dan peminat.

Artikel berkaitan: ‘Doakan Kesihatan Aku Lebih Baik Sebab…’ – Surat Kiriman Benjy Penuh Makna

Artikel berkaitan: Benjy Ibrahim Meninggal Dunia Di Medan, Indonesia

Penerbit dan pelakon Ellie Suriaty Omar juga bersedih setelah mengetahui berita pemergian Benjy di Indonesia. Dia melalui postingnya di Instagram mendedahkan perancangan dan perbualan terakhir bersama arwah sebelum Benjy pergi buat selama-lamanya.

‘Kita sudah rancang untuk bina legasi bersama’

Elli Suriaty menyifatkan arwah sebagai individu yang baik, setia dan seorang yang sangat berbakat dalam bidang lakonan yang mungkin tidak akan ada pengganti. Penerbit ini juga berkongsi di mana dia dan Benjy dalam perancangan untuk membina legasi bersama setelah arwah selesai menjalani hukuman penjara selama 7 tahun di Indonesia.

Tambah Ellie lagi, selama arwah di sana menjalani hukumannya dia tidak pernah tinggal solat lima waktu dan turut melakukan ibadah-ibadah yang lain seperti berpuasa, solat taubat dan melakukan tahlil buat arwah ibunya.

Walau apa orang cakap pasal Ben, akak tetap sayang Ben macam akak sayang arwah Kak Yan, Mama Ben. You’re such a beautiful person, unquestionably loyal, out of this world talented, person I have ever met Ben. We have cried together so often even when you’re away, adikku Benjy. We made plans for me to fetch you home and build our legacy together once you’re done the balance 7 years serving time in Indonesia, dik. Those were our plans but ALLAH loves you more Benjy. Alhamdulillah, Adikku.

Sejak di sana, Ben solat 5 waktu tak tinggal, puasa penuh, solat taubat, selalu tahlil untuk Mama Ben, serta Ben khatam al-Quran. Inilah hikmah Allah SWT buat Khaeryl Benjamin adikku. Inilah kasih sayang Allah SWT. Allah menjentik kita dalam peristiwa hidup kita, supaya kita punyai waktu untuk bekalan akhirat Ben.

You are finally released

Menurut Ellie lagi, arwah sering bercakap mengenai arwah ibunya iaitu Allahyarhamah Azean Irdawaty menunggu dia ‘di sana’. Selain itu, Ellie juga berkali-kali mengingatkan Benjy mengenai perancangan mereka setelah Benjy dibebaskan nanti. Dia juga sentiasa menunggu Benjy dibebaskan daripada hukuman penjara, namun tidak kesampaian apabila Benjy telah menghembuskan nafas terakhirnya di sana.

Akak sedih di atas pemergian Ben. Perancangan kita tidak kesampaian. Akak menangis tak henti. Tapi kesedihan seorang kakak tidak mampu mengatasi cinta Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Betapa Allah sayangkan Ben sehingga Ben di beri kesempatan untuk mendalami ilmu agama Islam, bertaubat nasuha, bertahajjud sebelum pulangmu ke perkampungan abadi, adikku.

No more pain adikku Benjy. No more heart ache. No more frustrations Ben. You always said to me Mama is waiting for me Kak. I said, please keep on living Benjy. Akak tunggu Ben keluar, I have plans for you. Ben kata okay Kakakku.  Jangan lupa Ben sudah.

Now my beautiful adikku Khaeryl Benjamin. InshaAllah you will get to meet Mama. You are finally released Khaeryl Benjamin. Al-Fatihah buatmu.

Sumber: Ellie Suriaty

SKIP THIS AD ×