berita

Benjy Ibrahim Meninggal Dunia Di Medan, Indonesia

July 11th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Industri hiburan tanah air hari ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon iaitu Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Benjy Ibrahim.

Benjy meninggal di Medan

Memetik laporan Astro Awani, berita sedih pemergian Benjy Ibrahim yang berusia 43 tahun ini telah dimaklumkan sendiri oleh bapanya iaitu Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi. Menurut sumber, anak kepada aktres Allahyarhamah Azean Irdawaty telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad (hari ini) sekitar jam 11 pagi di sebuah hospital di Medan Indonesia akibat penyakit Asma. Difahamkan, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan, Indonesia.

Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia pukul 11 pagi ini.

Terdahulu pada tahun 2017, Benjy telah dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×