berita

Jangan Lupa Saksikan Tayangan Perdana Filem Renfield Di Pawagam Pada 13 April Ini!

April 7th, 2023 | by Emalin Zalani
Kini Trending

Siapa peminat filem bergenre seram tapi versi komedi sekali. Haa.. kali ni min nak share satu filem menarik untuk korang yang akan ditayangkan di pawagam 13 April nanti!

Filem Renfield arahan Chris Mckay ini dibintangi oleh ramai pelakon popular seperti Nicolas Cage, Nicolas Hoult, Awkwafina, Ben Schwartz, Adrian Martinez dan banyak lagi. Semua barisan pelakon yang hebat. WOW!

Filem ini diarahkan oleh producer terkenal dan profesional tau! Korang mesti tau cerita seperti The Tomorrow War dan filem LEGO Batman. Yaa… itulah producer untuk filem ni sekali. Best tau cerita tu!

Sinopsis filem Renfield

Filem ini mengisahkan tentang Vampire yang setia dengan tuannya Dracula, (Nicholas Hoult) sebagai Renfield, pembantu yang telah diseksa oleh tuannya yang bersifat narsis, (Nicolas Cage) sebagai Dracula.

Renfield terpaksa mendapatkan mangsa kepada tuannya dan ikuti setiap permintaannya walaupun ia secara hina dan tidak rela. Kejam betul tuan dia!

Tapi kini, selepas berabad-abad menjadi hamba, Renfield ingin lihat jika ada kehidupan di luar bayang-bayang tuannya tu. Lepas berjumpa dengan Rebecca, (Awkwafina) polis New Orleans yang bertekad untuk menjatuhkan keluarga jenayah yang paling berkuasa di bandar itu.

Jadi Renfield ingin fikirkan cara untuk melarikan diri dari kesusahan hidupnya dan menikmati kehidupan baru secara normal bersama manusia. Wow… Menarik bukan?

Nicolas Cage hanya menunggu masa memegang watak Dracula semula

Menariknya  lagi, hollywood legend Nicolas Cage ni seakan tahu yang dia akan berlakon semula sebagai watak Dracula, Prince of Darkness. Dia juga percaya 100% dengan diri dan akan cuba usaha memainkan watak yang berbeza dengan version sebelumnya.

Cage juga dedahkan strong connection yang dia rasa selama ni dengan memegang watak sebagai Lord Vampire sebab dia percaya apa-apa saja watak dia pegang mesti akan menjadi ikonik. Wow gempak lah pemenang Oscar ni!

Bukan tu je. semangat Cage untuk memegang watak ini memang salute lah.. Lepas saja terima panggilan dari pengarah mereka Chris Mckay. Pelakon ikonik ini terus berbincang untuk menentukan suara, cipta bahan dan perangai watak tersebut. Yelah… untuk mendalami sesuatu watak tu bukan mudah!

Serangga boleh dimakan? biar betul!

Min nak dedahkan sikitla proses behind the scenes yang penonton mesti terkejut dan nak tahu kan?

Haa… untuk mencipta serangga dan cacing yang Renfield makan dalam filem itu, master prop GARY TUERS dan team telah guna cetakan 3D tau seperti lipas, kumbang, cacing dan semut bersaiz sebenar. Menariknya, semua hasil acuan tu boleh di makan tau!

Bukan itu je. Terdapat pelbagai kaedah penyelidikan yang melibatkan bahan untuk acuan serangga. Yang terbaik, menurut Tuers, sewaktu dimasukkan cecair karamel ke dalam acuan serangga silinder.

Selepas itu, mereka akan letak pada bahagian kaki serangga ketika karamel sudah kering. Jadi jangan risau tiada serangga yang cedera dalam proses pembikinan filem ini ya!

Tapi cabaran paling terbesar bagi Tuers dan pasukannya ialah membuat semua serangga dan kemudian menyimpannya di tempat yang selamat dan kering sehingga diperlukan untuk shooting. Dahlah penggambaran di New Orleans tu pulak pada musim sejuk. Mencabar tau!

Amacam korang rasa menarik tak idea production team diorang ni?

Jom tengok trailer dia!

http://https://www.youtube.com/watch?v=ICydLkeXq3w

Jadi tunggu apa lagi untuk peminat filem ni cepat-cepat book seating di pawagam berdekatan tau!

SKIP THIS AD ×