Pengacara yang juga ahli anggota kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal menyorot perhatian apabila memaklumkan konsert ‘WE 4U2C Live In Concert’ bakal menjadi persembahan terakhir mereka selepas lebih 30 tahun bersama dalam industri muzik.

Artikel Berkaitan: 4U2C Anjur Konsert Selepas 30 Tahun – ‘Kami Takkan Miming & Akan Menari’

Artikel Berkaitan: Azam 4U2C Dakwa Man Senoi Hanya Cipta 30 Peratus Lagu – ‘Album Pertama, Ada Tiga Saja’

Konsert terakhir 4U2C?

Justeru, pemilik nama sebenar Mizal Zaini ini berharap orang ramai dapat menghentikan segala kecaman terhadap penganjuran konsert berkenaan.

Menurut AC Mizal lagi, sebaik sahaja konsert berakhir, beliau dan ahli kumpulan lain akan kembali meneruskan rutin kehidupan masing-masing seperti biasa.

Tak payah marah marah, tak payah susah susah kutuk.

Kami akan lakukan (konsert) ini buat kali terakhir. Kami berlatih tiga jam setiap hari untuk tiga bulan hanya untuk cipta kenangan buat anda semua.

Insya-Allah, lepas ini dah tak ada 4U2C, jadi ‘chill’ okay.

Ini yang terakhir, selepas ini kami semua akan teruskan dengan kerja dan kehidupan masing-masing.

Menerusi hantaran yang sama, pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri ‘Gerak Khas’ ini menzahirkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang terlibat secara mahupun tidak langsung dalam penganjuran konsert kumpulannya itu.

Terdahulu, penganjuran konsert ‘WE 4U2C Live In Concert’ menjadi bualan hangat apabila bekas pengurus iaitu Man Senoi mendakwa kumpulan itu tidak boleh mengadakan konsert selepas terpalit isu mengenai hak cipta serta pemilikan lagu.

4U2C kemudiannya menafikan dakwaan tersebut dan meminta Man Senoi untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sekadar info, konset ‘WE 4U2C Live In Concert’ bakal berlangsung pada 15 September ini bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Posting AC Mizal

Sumber: TikTok AC Mizal