berita

‘Jangan Mengawasi, Mengintai & Membuka Aib Orang’ – Rita Rudaini

May 31st, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Pengacara, Fara Hanim Razak telah tampil memohon maaf secara terbuka kepada Rita Rudaini dan Lufya Omar berhubung dakwaannya yang mengatakan kedua-dua pelakon itu anti vaksin.

Artikel berkaitan: ‘Kalau Tak Puas Hati, Datang Jumpa Depan-Depan’ – Rita Rudaini Berang Digelar Antivaksin

Artikel berkaitan: Tuduh Rita Rudaini & Lufya Omar Anti Vaksin, Fara Hanim Mengaku Salah, Tampil Minta Maaf Secara Terbuka

Terbaru, Rita Rudaini kelihatan memuat naik satu posting yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan permohonan maaf yang dilakukan oleh pengacara tersebut.

Jangan mengawasi orang lain

Jangan mengawasi orang, jangan mengintai geraknya, jangan membuka aibnya, jangan menyelidiknya. Sibuklah dengan diri kalian, perbaiki aibmu kerana kamu akan ditanya ALLAH tentang dirimu, bukan tentang diri orang lain.

Menerusi kapsyen tersebut, Rita dipercayai memberi teguran supaya pengacara tersebut tidak perlu sibuk mengambil tahu hal orang lain apatah lagi mengintai dan membuka aib mengenai orang tersebut.

Datang jumpa depan-depan

Terdahulu, Rita Rudaini telah tampil dan memuat naik sebuah posting berhubung dakwaan yang dikeluarkan oleh Fara. Jelas Rita, dia tidak pernah menulis dan mengakui bahawa dia seorang yang anti vaksin. Ujarnya lagi, wanita tersebut tidak sesuai dijadikan sebagai jiran. Ini kerana, wanita berkenaan sejenis yang suka cakap belakang. Rita turut mempersoalkan kenapa wanita tersebut tidak menulis namanya di media sosial demi publisiti. Selain Rita, Lufya Omar juga dituduh sebagai anti vaksin.

Sumber: Rita Rudaini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×