Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan tampil membidas komen-komen netizen yang mempersoalkan gaya anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang baru berusia 10 tahun ini seperti orang dewasa.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Gelagat Che Ta Tegur & Ajar Aaisyah Posing Curi Tumpuan
Artikel berkaitan: Che Ta Setuju Penyondol Diboikot, Sifatkan Wanita Zaman Sekarang Terdesak ‘Kacau’ Suami Orang
‘Jangan pepandai nak ajar kami’
Menerusi hantaran di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta menegaskan untuk tidak mencampuri urusannya membesarkan Aaisyah.
Hampa jangan nak pepandai ajar kami itu ini na, anak kami memang suka melaram macam mak dia. Suka sangat suruh anak kami itu ini, anak hampa, hampa jaga na.
Menurutnya, anak perempuannya itu memang gemar dengan solekan dan kasut tumit tinggi malah dia juga tidak melarang.
Anak kami suka makeup and heels, kami larang karang dia menangis. Biar pi la dia.
Baru-baru ini, Aaisyah turut tampil sebagai model bersama ibunya bagi jenama pakaian baju raya.
Untuk rekod, Che Ta dan suami yang juga seorang aktor Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana.
Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.
Sumber: TikTok