
Pelakon Zara Zya menasihatkan orang ramai supaya tidak mempertikaikan perjalanan hidup orang lain.
Artikel Berkaitan: Zara Zya Sambut Syawal Di Mekah Bersama Ibu – ‘Pertama Kali Raikan Hari Raya Di Sana’
Artikel Berkaitan: ‘Bab Resepi Pun Gaduh, Kalau Tak Kena Dengan Tekak Jangan Kecam’ – Zara Zya
Jangan pertikaikan hidup orang
Menerusi hantaran di Threads, Zara atau nama sebenarnya Zainur Razia Mohd Zainuddin, 41, menegaskan bahawa penilaian terhadap masa depan seseorang tidak seharusnya dibuat kerana kita tidak mengetahui apa yang bakal berlaku kelak.
Jangan pernah pertikaikan perjalanan hidup seseorang.
Dia kerja apa, duduk rumah dimana, belum berkahwin lagi atau masih belum ada anak lagi.
Jangan pernah persoalkan.
Mungkin hari ini kita nampak dia macam tak ada masa depan.
Tapi kita tak tahu mungkin masa akan datang dia yang tolong kita.
Rezeki berbeza
Dalam pada itu, Zara turut mengingatkan supaya tidak merendahkan rezeki orang lain kerana setiap individu memiliki perjalanan hidup dan rezeki yang berbeza.
Selain itu, Zara menegaskan bahawa tiada kehidupan yang sempurna dan setiap orang menghadapi cabaran masing-masing.
Jangan suka merendahkan rezeki orang lain.
Sebab rezeki setiap orang tidak akan pernah sama.
Tiada kehidupan yang sempurna, struggle kita semua adalah berbeza.
Sumber: Threads