berita

‘Jangan Sampai Malaikat Maut Pun You Maki’ – Aishah

October 10th, 2023 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, penyanyi Datuk Aishah meluahkan rasa musykil dengan pemilihan rakan duet bagi pertandingan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu keempat yang akan datang. Berikutan daripada itu, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur kecaman buat pelantun suara ‘Janji Manismu’ ini.

Artikel Berkaitan: ‘Pemarkahan Bagaimana Yang Akan Diberikan…’ – Aishah Musykil Soal Pemilihan Artis Jemputan ASGV

Jangan macam ni Wan

Di Instagram, Aishah memberitahu dia menerima pelbagai kecaman berikutan kemusykilan tersebut. Malah penyanyi ini sedar bahawa pengacara, Azwan Ali turut bercakap mengenai dirinya.

Alhamdulillah semoga dengan berbagai kecaman ini akan mengurangkan dosa-dosa yang lepas. Di kalangan artist pun ada. Walaupun saya tak baca, tetapi saya boleh bayangkan bahasa yang digunakan Azwan Ali. Saya tak kenal you sebagai Diva AA. Saya kenal you dari time AJL, Muzik-Muzik.

I kenal you as a decent guy. Saya tahu you dah beberapa kali cuit tapi I diamkan saja. Dismiss it as Diva AA doing his thing. But as a colleague, I do hope one day soon you will find peace and happiness. I selalu tertanya-tanya ‘what happened to this guy, so much anger inside and I do believe deep down,so much pain.

Tambah Aishah, dia dan Azwan sudah meningkat usia dan bukan budak-budak lagi. Oleh sebab itu, Aishah berdoa agar Azwan diberi ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki.

Jangan macam ni Wan. This is not you. Orang kata bagaimana kita hidup akan kelihatan nanti bila saat sakratul maut. Jangan sampai malaikat maut pun you maki hanjingkan. I still regard you as a friend albeit not a close one. May you find eternal happiness.Take care.

Sumber: Aishah

SKIP THIS AD ×