berita

‘Jangan Sesuka Hati Salahkan Allah, Jodoh Itu Takdir Yang Boleh Pilih’ – Abby Abadi

March 18th, 2024 | by Alia
Kini Trending

abby

Isu yang melibatkan anak pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang didakwa menjadi orang ketiga dalam sebuah perkahwinan telah menyorot perhatian ramai di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Lawan Semua Dengan Doa’ – Abby Abadi

Artikel Berkaitan: ‘Never Fails’ – Marissa Dania Muat Naik Foto Bersama Ibu Bapa

Abby balas komen netizen

abby jodoh

Menerusi tinjauan OhBulan! di ruangan komen pada salah satu hantaran Instagram (IG) Abby, rata-rata netizen meluahkan pendapat mereka tentang kemelut yang sedang berlaku dalam keluarga aktres itu.

Bagaimanapun terdapat satu komen warganet yang telah menarik perhatian Abby. Individu tersebut meninggalkan komen dengan meminta pelakon itu untuk percaya kepada takdir dan ketentuan.

Kena percaya qada dan qadar Allah. Allah dah tulis perjalanan kita macam mana. Doa yang baik-baik insyaAllah, Allah maha pengasih dan maha penyayang.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan kemudian membalas komen individu tersebut dengan menegaskan bahawa jodoh merupakan takdir yang boleh dipilih.

Jangan sesuka hati menyalahkan Allah, belajar lagi. Jodoh itu takdir yang boleh dipilih, mati je tak boleh pilih.

Dalam perkembangan terbaharu kes tersebut, Norman meminta Abby untuk tidak lagi berkongsi tentang isu berkenaan di media sosial dan menafikan dia bersikap lepas tangan.

Terdahulu, Abby mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular sebelum ini.

Bagaimanapun, dia menggesa puterinya itu untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di Malaysia.

Sebelum ini, Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam iaitu Misya.

Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.

Sumber: IG Abby Abadi

SKIP THIS AD ×