Semalam, pelakon, Rizky Billar sudah ditahan pihak polis berikutan isu keganasan rumah tangga terhadap isterinya, Lesti Kejora.
Artikel berkaitan: Pakai Baju Lokap Oren, Rizky Billar Sudah Ditahan Polis
Susulan daripada penahanan tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan berpuas hati mengenai tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap pelakon ‘Anak Jalanan’ itu.
Pengajaran buat semua kaum lelaki
Menurut netizen, penahanan Rizky semalam, sedikit sebanyak mampu membuka mata kaum lelaki di seluruh negara agar tidak melakukan keganasan terhadap para isteri. Tambah netizen, para suami boleh menegur isteri sekiranya mereka melakukan kesalahan. Namun, jangan sampai menggunakan kekerasan seperti memukul untuk memberikan pengajaran.
Di samping itu, segelintir netizen berharap Rizky akan berubah selepas dibebaskan daripada penjara. Ujar netizen, Lesti seorang wanita yang baik dan pasti memberi peluang dan ruang untuk suaminya berubah.
Sumber: Facebook