Pegawai perubatan dan personaliti media sosial, Dr Malar berkongsi tentang tindakan yang perlu diambil oleh ibu bapa tentang pemakanan anak-anak mereka.

Artikel Berkaitan: Dr. Malar Luah Rasa Syukur, Anggap Pelantikan Sebagai Ikon Bahasa Satu Penghargaan – ‘Bahasa Melayu Adalah Bahasa Pertama Saya’

Artikel Berkaitan: Teruja Jumpa Siti Nurhaliza, Dr Malar Mahu Gantung Gambar Selfie Dalam Rumah -‘Saya Sitizoner Sejak 13 Tahun’

Larangan untuk anak

Menerusi perkongsian di Threads, Dr. Malar atau nama sebenarnya Malar Santhi Santherasegapana menegah ibu bapa daripada memaksa anak-anak makan terlalu banyak.

Hal ini kerana perkara tersebut dapat meningkatkan kecenderungan ke arah masalah yang lebih serius iaitu obesiti.

Jangan suruh anak makan sampai kenyang.

Jangan paksa anak makan sampai habis.

Sampai kenyang dan sampai habis akan besarkan perut, lambatkan atau tinggikan level nak kenyang, lama lama budak tu akan makan lagi banyak dan akhirnya akan obes.

Justeru, Dr Malar berkongsi beberapa tindakan yang sewajarnya diterapkan ibu bapa terhadap anak-anak bagi mengawal pengambilan makanan.

Berhenti makan sebelum kenyang.

Kalau anak cakap sudah kenyang, jangan paksa habiskan (jangan membazir, ambil sikit ikut keperluan anak, bukan keperluan mak).

Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

Sumber: Threads