Pelumba veteran, Valentino Rossi bersyukur kerana terlepas daripada insiden kemalangan yang mungkin akan meragut nyawanya pada Grand Prix (GP) Austria.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Dua Motor Terpelanting Depan Muka, Lihat Reaksi Rossi Selepas Berjaya ‘Elak’ Maut
Menerusi laporan Harian Metro, Rossi memberi nasihat kepada semua pelumba agar memperbaiki tingkah laku dan mempamerkan sikap lebih menghormati pesaing agar kemalangan tersebut tidak berulang.
Jangan terlalu agresif
Menurut Rossi, dia terkejut apabila jentera Yamaha Franco Morbidelli terbang melambung di atas litar dan hanya beberapa sentimeter hampir menghentam dirinya.
Berlumba secara agresif adalah bagus kerana setiap pelumba mahu mempamerkan prestasi maksimum masing-masing. Tetapi janganlah terlalu agresif kerana kita perlu ingat sukan ini sangat berbahaya. Anda perlu menghormati pesaing anda terutama di litar yang mampu memecut pada kelajuan 300 km sejam.
Kami semua amat bernasib baik pada kali ini tetapi saya berharap insiden ini akan dijadikan pengajaran kepada semua pelumba untuk memperbaiki tingkah laku merek.
Rossi turut mempersoalkan tindakan Zarco yang membrek dalam situasi berbahaya yang menjadi punca kepada kemalangan itu.
Situasi sebenar kemalangan
One of the most terrifying #MotoGP crashes we’ve EVER seen!!! ?
Watch the Turn 3 accident from all angles! ?#AustrianGP ?? pic.twitter.com/L2GLToviFi
— MotoGP™? (@MotoGP) August 17, 2020
Memetik laporan FOX Sport, jelas menunjukkan terdapat dua kemalangan yang berlaku di dalam litar perlumbaan. Kemalangan pertama berlaku apabila pelumba Morbidelli terjatuh di selekoh pertama dan menyebabkan motosikal miliknya terpelanting. Manakala kemalangan yang kedua pula terjadi apabila pelumba Johann Zarco dari France gagal mengelak jentera milik Morbidelli itu. Rossi ketika itu hanya menunggang dengan kelajuan motosikal 300km/jam.
Sumber: Harian Metro & MotoGP