berita

[VIDEO] Dua Motor Terpelanting Depan Muka, Lihat Reaksi Rossi Selepas Berjaya ‘Elak’ Maut

August 17th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Perlumbaan Grand Prix (GP) di Austria menyaksikan kemalangan yang tidak dijangka dalam litar berlaku melibatkan pelumba Itali iaitu Velentino Rossi. Insiden dipercayai bermula selepas pelumba dari Franco Morbidelli dari Itali terpelanting dan hampir mengena dirinya. Perbezaan jarak antara motosikal milik Franco Morbidelli dari Rossi hanya beberapa sentimeter sahaja.

Hampir meragut nyawa

Rakaman yang dikongsikan ini menyaksikan motosikal milik Franco Morbidelli dari Itali melambung tinggi ke tengah litar dan hampir menghentam Rossi. Dikatakan hanya beberapa sentimeter kenderaan itu melambung di depannya ketika dia melintasi insiden tersebut. Insiden ini berlaku pada lap yang kelapan.

Situasi sebenar kemalangan

Memetik laporan FOX Sport, jelas menunjukkan terdapat dua kemalangan yang berlaku di dalam litar perlumbaan. Pertamanya adalah selepas pelumba Morbidelli terjatuh di selekoh pertama dan menyebabkan motosikal miliknya terpelanting. Kedua adalah ketika pelumba Johann Zarco dari France juga gagal dari mengelak dari jentera milik Morbidelli itu. Rossi ketika itu hanya menunggang dengan kelajuan motosikal 300km/jam.

Rossi bernasib baik

Rakaman ini pula didedahkan dari kamera yang diletakkan pada motosikal pelumba Velentino Rossi. Rakaman video ini menyaksikan Rossi nyaris maut sekiranya motosikal yang terpelanting itu terkena pada dirinya.

Sumber: Moto GP, Fox Sport, Twitter

SKIP THIS AD ×