
Pendakwah bebas, PU Riz tampil menyelar kenyataan seorang individu berhubung kematian 15 orang mangsa nahas bas yang mengorbankan penuntut-penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Artikel Berkaitan: Guru Minta Maaf Hina Kematian 15 Pelajar UPSI
Artikel Berkaitan: ‘Dari Terengganu Ke UPSI, Mereka Berjihad Ke Jalan Allah’
Teguran PU Riz
Menerusi hantaran di TikTok, PU Riz atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd Ismail menegur individu terbabit dengan menjelaskan tentang hadis Nabi Muhammad SAW mengenai percakapan seseorang.
Dia tidak memahami agama dengan jelas dan mungkin meletakkan emosi dan kefahaman ketika bercakap.
Bila disebut tentang hutang tak masuk syurga, pada asasnya mungkin benar tetapi saya nak tapiskan melalui nas dalam Al-Quran supaya kita berhati-hati ketika bercakap.
Walaupun mungkin kita ada sedikit ilmu tentang sesuatu perkara, sabar dahulu. Dahulukan dengan perkara yang baik-baik.
Nabi SAW apabila ditanya kenapa ramai masuk syurga, kata Nabi ia adalah kerana ketakutan kepada Alla dan juga akhlak yang baik. Tetapi apabila Nabi SAW ditanya tentang sebab mengapa ramai yang masuk neraka, kata Nabi kerana mulut.
Bersangka baik

Mengulas lanjut, PU Riz juga menegaskan bahawa seorang Muslim perlu bersangka baik terhadap kematian tersebut kerana mangsa-mangsa meninggal dalam keadaan sedang menuntut ilmu.
Mereka semua sedang menuntut ilmu. Orang yang menuntut ilmu ini dikira sebagai satu jihad atau pun syahid kerana di dalam jagaan Allah SWT.
Salah seorang mangsa iaitu Nurli Syahirah adalah seorang hafiz Al-Quran dan meninggal dalam keadaan yang baik.
Kita kena sentiasa bersangka baik, jangan lontarkan perkataan-perkatan begini (komen negatif).
Kita bercakap kena ada sensitiviti dan kasih sayang. Apa jenis Islam yang kita nak bawa kalau kita menghukum orang tanpa dalil yang khusus.
Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 30 tahun itu menitipkan nasihat supaya jangan mudah menghukum tentang sesuatu perkara.
Ada SOP untuk menyelesaikan sebarang pinjaman terutama para pelajar sekiranya mereka mempunyai cacat kekal ataupun yang telah pergi.
Jangan terlalu pedas atau cepat nak komen terutama apabila kita pun tidak pasti dengan keadaan itu. Ambil ilmu sebagai dorongan untuk kita bercakap.
Terdahulu, individu tersebut tampil memohon maaf selepas mempersendakan kematian 15 pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak awal pagi Isnin.
Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan pinjaman PTPTN kesemua mangsa akan dilupuskan sepenuhnya.
Sumber: TikTok PU Riz







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
