Ramai orang biasanya akan meminum segelas air kosong selepas menikmati makanan atau minuman manis seperti kek dan aiskrim untuk ‘membilas’ sisa manis di dalam mulut

Artikel Berkaitan: Wajah Lebih ‘Glowing’ Dengan Teh Jujube, Rahsia Kecantikan Wanita Korea!

Artikel Berkaitan: Nak Tubuh Sihat? Amalkan Makan Epal Hijau, Kaya Dengan Pelbagai Nutrien!

Tidak boleh singkirkan gula

Walaupun air kosong sememangnya baik untuk kesihatan, tetapi kajian menunjukkan ia tidak boleh menyingkirkan kandungan gula daripada tubuh.

Kandungan gula daripada makanan manis diserap dengan cepat oleh sistem pencernaan dan masuk ke dalam aliran darah.

Seterusnya, pankreas akan menghasilkan hormon insulin bagi membantu sel-sel badan menukarkan gula tersebut kepada tenaga atau menyimpannya sebagai lemak.

Sebagai langkah menjaga kesihatan dan mengurangkan risiko penyakit seperti kencing manis, pendekatan yang lebih berkesan adalah dengan mengawal pengambilan gula harian.

Langkah ini termasuklah mengurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi gula seperti air bergas serta pencuci mulut. Selain itu, seseorang itu perlulah membiasakan diri membaca label makanan bagi memantau kandungan gula yang selalunya jauh lebih tinggi daripada apa yang dijangkakan.

Selain itu, cara makan juga penting, contohnya dengan menikmati makanan secara perlahan untuk memberi masa kepada tubuh menghantar isyarat kenyang ke otak, sekaligus membantu mengawal kuantiti yang diambil.

Selepas makan, aktiviti ringan seperti berjalan kaki selama 10 minit hingga 15 minit juga dapat membantu tubuh memproses gula dengan lebih berkesan.

Di samping itu, mengamalkan diet seimbang dalam setiap hidangan boleh melambatkan penyerapan gula ke dalam darah serta dapat menyokong kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Walau bagaimanapun, air kosong tetap memainkan peranan penting untuk tubuh, ia membantu buah pinggang menapis toksin, mencegah dehidrasi, menyokong sistem penghadaman, dan memastikan sel-sel tubuh berfungsi dengan baik.

Sumber: Maskulin