Air teh jujube merupakan minuman tradisional yang popular di kalangan wanita dari negara Korea dan China, kini ia semakin mendapat perhatian sebagai rahsia kecantikan semula jadi.

Artikel Berkaitan: Bantu Tingkatkan Kesuburan Lelaki & Wanita, Ini Antara Khasiat Madu Yang Ramai Tak Tahu

Artikel Berkaitan: ‘Anggur Shine Muscat’ Cegah Sembelit, Bantu Kekalkan Keanjalan Kulit Wajah

Sedap & berkhasiat

Teh ini dihasilkan daripada campuran buah-buahan kering yang berkualiti tinggi dan menawarkan aroma segar serta rasa yang manis.

Ramai dari kalangan wanita mengamalkannya sebagai rutin harian kerana dipercayai dapat menyokong kulit yang sihat, mencerahkan tona kulit, memperbaiki masalah jerawat serta parut, dan mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis halus.

Bagi mereka yang mengalami keradangan atau kegatalan pada kulit, minuman ini juga berfungsi untuk meredakan masalah iritasi.

Selain manfaat kecantikan, air teh jujube ini juga mampu memberikan kebaikan terhadap kesihatan secara menyeluruh.

Kandungan teh ini kaya dengan vitamin C, potassium, zat besi, dan pelbagai jenis vitamin B yang berupaya dalam melindungi sel daripada radikal bebas, menguatkan sistem imunisasi tubuh, menyokong penghadaman, dan memperbaiki peredaran darah.

Nutrien-nutrien ini juga membantu mendapatkan tidur yang lebih nyenyak dan berkualiti.

Bahan utama air teh jujube ialah buah jujube itu sendiri, yang dikenali juga sebagai kurma merah atau kurma Cina, ianya kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral.

Untuk menambah rasa dan khasiat, pelbagai bahan tambahan seperti halia, kulit kayu manis, madu, buah goji, buah longan, bunga mawar, dan lengkuas turut digunakan.

Bahan-bahan ini boleh disesuaikan mengikut citarasa dan keperluan, menjadikan setiap cawan teh jujube bukan sahaja sedap tetapi juga penuh khasiat.

Sumber: Wanista