
Penggunaan minyak wangi telah menjadi rutin harian bagi ramai individu, terutamanya untuk meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai atau menghadiri majlis penting.
Artikel Berkaitan: Manfaat Sauna Untuk Kesihatan Fizikal & Mental
Artikel Berkaitan: Tips Memilih Sabun Badan Mengikut Jenis Kulit
Peluh tingkatkan aroma minyak wangi

Namun, masalah lazimnya ialah aroma harum minyak wangi tersebut mula memudar selepas beberapa jam disembur.
Salah satu teknik berkesan ialah dengan menyembur minyak wangi di bahagian dada kerana peluh ringan di kawasan ini membantu meningkatkan aroma minyak wangi, dan ianya juga cenderung untuk bertahan lebih lama pada kulit yang berminyak.
Penggunaan losen atau pelembap tanpa wangian seperti Vaseline pada titik nadi dapat membantu mengekalkan keharuman minyak wangi, terutamanya bagi individu yang mempunyai masalah kulit kering.
Faktor persekitaran seperti haba, cahaya, dan kelembapan turut mempengaruhi kualiti minyak wangi tersebut, kerana molekul wangian mudah pecah jika ia terdedah terhadap elemen ini.
Simpan minyak wangi di tempat yang sejuk, kering, dan jauh daripada cahaya matahari untuk mengekalkan kualitinya.
Elakkan menggosok minyak wangi selepas disembur kerana dengan cara ini boleh merosakkan molekul wangian. Sebaliknya, semburkan pada jarak sekitar 10 hingga 15 sentimeter dari kulit dengan semburan ringan supaya aroma tersebar sekata.
Kulit yang lembap dapat kekalkan bau

Pada bahagian rambut, elakkan menyembur minyak wangi secara terus kerana kandungan alkohol boleh menyebabkan rambut menjadi kering. Sebagai alternatif lain, semburkan pada sikat terlebih dahulu sebelum digunakan pada rambut.
Untuk memastikan wangian tahan lebih lama, semburkan minyak wangi sejurus selepas mandi dan sebelum memakai pakaian bagi mengelakkan bau melekat pada pakaian atau aksesori.
Antara titik panas pada tubuh seperti belakang telinga, nadi pada sendi tangan, siku, celah paha, belakang lutut, dan pergelangan kaki turut sesuai untuk menyembur minyak wangi bagi mengekalkan aroma lebih lama.
Titiskan sedikit minyak wangi ke dalam losen badan juga dapat membantu losen kekal wangi dan mengekalkan aroma tubuh sepanjang hari.
Akhir sekali, elakkan menggoncang botol minyak wangi kerana tindakan ini membenarkan udara masuk dan berpotensi menjejaskan kualiti aromanya.
Sumber: Maskulin








