berita

‘Jangan Ulangi Silap Lama’ – Dapat Tawaran Berlakon Drama 13 Episod, Peminat Nasihat Fathia Latiff

February 19th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini tular di media sosial tentang cover lagu ‘sakit’ yang dinyanyikan semula oleh Fathia Latiff. Sejak cover lagu tersebut menjadi trending di YouTube, ramai peminat gadis cantik ini meluahkan rasa rindu untuk melihat Fathia kembali berlakon semula dalam drama-drama bersiri tempatan.

Terbaru, melalui akaun Twitternya Fathia telah memuatnaik satu berita gembira buat peminat yang merindui lakonannya.

OMG Fathia dapat offer berlakon 13 episodes’

Dalam status yang telah dimuatnaik semalam, Fathia gembira kerana masih diberi peluang untuk berlakon.

‘Jangan ulang silap lama’

Beberapa peminat pula menasihati Fathia supaya tidak mengulangi silap yang sama seperti dulu.

‘Pakai tudung jangan lupa pin dan tutup dada’

Ada juga peminat yang mengingatkan Fathia agar berpakaian sempurna supaya nampak lebih kemas dan ikhlas.

‘Jangan pergi buat live dan berpakaian tidak sopan…’

Peminat Fathia juga berpesan agar tidak membuat live di media sosial dalam pakaian yang tidak sopan bagi mengelakkan dia di ban sekali lagi daripada produksi tv.

‘Alhamdulillah… Rezeki tu’

Namun, ramai juga yang gembira menerima berita ini dengan mengucapkan kata-kata tahniah. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu drama terbaru Fathia ni kan? Apa-apa pun admin ucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Fathia.

Credit: Nur Fathia Latiff

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×