berita

‘Janganlah Buat Orang Yang Tiada Kena-Mengena Terpalit Sama Pula’ – Rita Rudaini Kesal Terkait Isu Izreen

March 7th, 2018 | by faris
Kini Trending

Peminat sebelum ini mengetahui Rita Rudaini dan Izreen Azminda bersahabat baik. Namun, apa yang tidak enak adalah, kemelut berlaku kepada Izreen turut menyeret Rita ke arah masalah berkaitan. Tidak semena-mena, nama Rita turut sama berkait dengan masalah yang tidak berkaitan dengan dirinya.

Bermula dengan kecaman diterima Rita apabila Izreen disahkan menjadi isteri kedua, netizen turut menyalahkan Rita dalam isu perceraian Ude-Intan.

Sekali lagi terpalit isu Izreen

Masih tidak move on, netizen berterusan membabitkan ibu anak dua ini dengan tindakan Izreen dan Ude memadam akaun Instagram mereka 5 hari lepas. Perkara itu membuatkan Rita bengang dengan akibat yang diterimanya bagi masalah yang tidak berkait secara langsung dengan dirinya.

Walaupun mereka berkawan, namun menurut Rita, itu tidak bermaksud hal peribadi rakannya itu bukan haknya untuk terbabit sama membuat keputusan.

Memang kami berkawan, namun tidaklah sampai hal peribadi pun saya hendak masuk campur. Apabila kita sudah memberikan nasihat, yang selebihnya terpulang pada individu itu sendiri.

Mula-mula diamkan diri, lama-lama menjadi-jadi

Menurut Rita lagi, dia sendiri pernah dilanda hentaman hebat daripada pengguna laman sosial. Oleh itu, dia berharap mana-mana pihak perlu menghadapi akibat dari tindakan sendiri sekaligus tidak memberi kesan kepada orang lain.

Saya sendiri pernah berdepan dengan kecaman daripada netizen, jadi hadapilah (kesan daripada) tindak-tanduk kita sendiri. Janganlah buat orang yang tiada kena-mengena terpalit sama pula.

Pada mulanya saya boleh berdiam diri apabila dikecam, namun lama-kelamaan ia semakin menjadi-jadi pula. Saya berharap, mereka di luar sana janganlah menghakimi tanpa usul periksa.

Tidak hanya dirinya, anak-anak Rita turut terbabit sama dengan kontroversi yang hangat melanda pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan itu.

Perkara sebegini bukan saja memberi kesan buruk kepada saya, malah anak-anak juga turut terkena kesannya. Mereka semakin membesar dan sudah pandai membaca.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Most Read Today