berita

‘Janganlah Merajuk’ – Pihak Produksi Sedia Jumpa Ayda Jebat Jelaskan Isu Gagal Ke Final

November 18th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Nampaknya isu Ayda Jebat tidak berpuas hati lagu tidak layak ke Anugerah Juara Lagu masih belum reda. Semalam, pihak produksi Muzik-Muzik memberitahu mereka sedia berhadapan dengan Ayda dan memberi penjelasan seperti yang diminta.

Pihak produksi turut sudi mengaturkan pertemuan dengan pihak juri untuk menjawab pertanyaan penyanyi tersebut. Iyalah siapa sangka ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan juri kan? Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Janganlah merajuk

Sebelum ini, media melaporkan Ayda Jebat hanya mahu tahu markah yang diperolehinya agar dia dapat memperbaikinya pada masa yang akan datang. Namun pihak produksi tidak membenarkan dengan alasan ianya ‘private and confidential’.

Ketua Bahagian Hiburan Primeworks Studios, Muhammad Sufian Che Isa ketika dihubungi Harian Metro berkata beliau bersama pengurusannya bersedia berjumpa dengan Ayda Jebat untuk memberi penjelasan seperti yang diminta.

Pihak produksi sedia bertemu dengan Ayda dan pengurusannya untuk memberi penjelasan termasuk mengaturkan pertemuan dengan pihak juri.

Ia bertujuan semoga dengan perbincangan dan pertemuan diatur itu nanti akan menemui penyelesaian yang jelas.

Saya tidak nafikan Ayda seorang penyanyi berbakat. Apatah lagi, dia juga sangat komited terhadap karier seninya.

Beliau juga berharap Ayda tidak merajuk dan memohon maaf di atas apa yang telah berlaku.

Belum rezeki Ayda ke final

Muhammad Sufian mengakui dia juga kagum dengan persembahan penyanyi kecil molek itu. Melihat pada persembahan pada Semi Final Muzik-Muzik 32 dan Anugerah Skrin 2017, Ayda Jebat tidak dinafikan sangat berbakat.

Cuma, belum rezeki Ayda untuk bertanding di pentas AJL. Saya harap dia terus berusaha menghasilkan karya lagu terbaik pada masa akan datang.

Sementara itu, ketua juri, Datuk Mokhzani Ismail menjelaskan kriteria penilaian lagu dibuat merangkumi 40 peratus melodi, 20 peratus (lirik), 20 peratus (persembahan) dan 20 peratus (penerimaan khalayak/pendengar).

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Ayda Jebat pun tidak menyimpan sebarang rasa kecil hati dan merajuk. Chill okay?

sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×