berita

‘Janganlah Muka Cantik Tapi Pengotor…’ – Wanita Luah Rasa Kecewa Rumah Berselerak Macam Diserang Haiwan

December 4th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai Manusiatnpahati, meluahkan rasa ‘kecewanya’ apabila melihat keadaan rumah sewanya yang berselerak. Paling menyedihkan, apabila dia seorang sahaja yang mengemas rumah tersebut. Namun, keadaan rumah tersebut akan kembali berselerak seperti sedia kala apabila dia pulang dari kerja.

Monyet ke duduk dalam ni?

Foto: Manusiatnpahati

Menerusi tweetnya, dia meluahkan rasa penat apabila asyik berhadapan dengan situasi yang sama. Bayangkan bila sudah penat bekerja, tapi balik rumah tengok keadaan rumah yang berselerak seperti ini. Siapa je kan yang boleh tahan?

Monyet ke yang duduk dalam rumah ni? Maaf la. Aku ni perempuan, dan aku tak suka.

Jangan muka cantik tapi pengotor

Jelasnya lagi, ruang tersebut mengambil masa kira-kira dua jam 40 minit, bagi mengemas semula ruang itu. Menerusi gambar tersebut, nampak perubahan besar terhadap ruang itu setelah dikemas olehnya. Dia turut berpesan, kepada perempuan-perempuan di luar sana supaya tidak hanya cantik di luaran sahaja tetapi hakikatnya seorang yang pengotor.

Tak reti kemas rumah

Wanita tersebut turut menceritakan dia sudah mendapat ‘upah’ daripada rakan serumahnya hasil kerajinannya mengemas rumah tersebut. Dia turut menjelaskan, rakan serumahnya sebenarnya tidak tahu mengemas rumah dan dia hanya mampu ‘bersangka baik’ dengan perkara tersebut.

Di akhir tweet tersebut, dia sempat memberikan nasihat supaya setiap orang tidak kira lelaki mahupun perempuan untuk mengambil berat aspek kebersihan diri dan persekitaran.

Pengalaman warganet

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut menceritakan pengalaman ‘ngeri’ mereka berkongsi rumah dengan orang lain. Perkongsian tersebut telah meraih 3.8k retweet dan 8.3k likes.

Sumber: Manusiatnpahati

SKIP THIS AD ×