berita

Janna Nick Dedah Pernah 2 Kali Cuba Bunuh Diri

April 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Janna Nick

Pelakon dan pengacara yang sedang meningkat naik Nurul Jannah Muner, atau lebih mesra dikenali sebagai Janna Nick, menerusi satu entri di laman Instagram mendedahkan satu ‘rahsia’ yang membuatkan rata-rata peminatnya terkejut dengan pengakuannya.

Artikel Berkaitan: Dikecam Teruk Peminat K-Pop Isu ‘Lisa Blackpig’, Janna Nick Tutup Akaun IG, Twitter?

Artikel Berkaitan: ‘Jagalah Aurat Tu’ – Netizen Tegur Busana Cheongsam Janna Nick Seksi, Nampak Paha

Jelas entri tersebut, dia sebelum ini pernah mencuba untuk membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya sendiri. Insiden tersebut bagaimanapun telah disaksikan sendiri oleh adiknya ketika berusia 15 tahun.

Hidap Bipolar Disorder

Foto: Janna Nick

Tiak berakhir di situ, Janna turut menjelaskan dan mengakui dirinya telah disahkan menghidap Bipolar Disorder dan masih dalam rawatan serta mengambil ubat Antidepressant Medication (Escitalopram) dan Carbamazepine (CBZ).

Jelasnya lagi, kali pertama dia cuba untuk membunuh diri adalah ketika berusia 14 tahun, dan dia ketika itu cuba untuk menelan segenggam pandol yang dicampurkan dengan ubat yang lain.

Seawal umur 8 tahun saya sudah fikir mahu mati. Kehidupan kanak-kanak saya tidak seperti orang lain. Sepak terajang memang makanan saya.

Saya tidak ada keluarga sempurna. Saya duduk jauh bersekolah asrama penuh. Bayangkan setiap minggu lihat ibu bapa kawan-kawan sekolah melawat, bawa makanan. Saya? Tengok sahajalah di balik tingkap itu.

Fokus untuk diri sendiri

Foto: Janna Nick

Bercerita lebih lanjut, Janna turut menjelaskan dia sudah mengambil inisiatif untuk merehatkan diri daripada media sosial dan mahu memfokuskan terhadap dirinya terlebih dahulu.

Saya rehatkan diri daripada media sosial untuk lebih fokus kepada diri sendiri. Sudah seminggu dan akan diteruskan. Selama ini saya ingat otak saya berfungsi seperti orang lain. Saya fikir semua orang ada tiga empat suara dalam fikiran mereka.

Saya memang ingat normal jika kita berbicara dengan suara hati sendiri seperti perbincangan berkumpulan. Sehinggalah saya mengambil ubat, baru saya sedar oh begini rupanya manusia normal berfikir dalam otak mereka.

Tak tahulah ini adalah disebabkan genetik atau kejadian masa lampau.

Perkongsiannya itu juga berjaya meraih ratusan komen yang datang daripada rakan artis dan para peminat yang turut memberikan sokongan yang tidak terhenti buatnya.

Sumber: Janna Nick

SKIP THIS AD ×