berita

Janna Nick & Dini Schatzmann Kahwin 10 Jun Ini Di Resort Mewah Langkawi?

May 11th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon dan pengacara Janna Nick dan aktor Dini Schatzmann menjadi bualan ramai apabila timbul desas-desus bakal berkahwin pada 10 Jun ini.

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Mesra Dengan Dini Schatzmann, Netizen Suruh Janna Nick Cepat Kahwin – ‘Memang Sweet Tapi Haram’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dini Schatzmann & Janna Nick Bakal Umum Berita Baik – ‘Kena Tunggu Mungkin Lepas Ramadan’

Majlis tertutup

Memetik laporan Kosmo, kedua-dua selebriti itu difahamkan memilih sebuah resort mewah di Pantai Cenang Langkawi sebagai lokasi majlis perkahwinan pada 10 Jun depan.

Menurut sumber, pihak aktres berumur 28 tahun itu telah hadir ke Pejabat Agama Daerah Langkawi bagi menghantar borang pernikahan.

Difahamkan majlis pernikahan di resort ekslusif tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Bagaimanapun, usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan daripada pemilik nama Nurul Jannah Muner gagal kerana kiriman WhatsApp tidak dibalas.

Terdahulu, Janna menimbulkan spekulasi hubungan dengan Dini sudah berakhir apabila memuat naik perkongsian video memaparkan statusnya kini ‘single’ melalui hantaran di TikTok lalu ‘membawa diri’ ke Eropah.

Manakala, Dini memberitahu dia bakal mengumumkan status hubungan dengan Janna pada waktu yang sesuai.

Sedadar info, Dini dan Janna berkenalan ketika membintangi drama Bukan Cinta Aku dan serius menjalin hubungan cinta sejak 2019.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×