berita

[VIDEO] Dini Schatzmann & Janna Nick Bakal Umum Berita Baik – ‘Kena Tunggu Mungkin Lepas Ramadan’

February 27th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Status hubungan istimewa pasangan selebriti Dini Schatzmann dan Janna Nick masih menjadi persoalan di kalangan netizen selepas memberi bayangan seakan hubungan mereka telah berakhir.

Walau bagaimanapun, Dini menyatakan bakal memberitahu hal peribadi yang turut berkait rapat dengan Janna dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: Tak Ada Perasaan Benci & Masih Profesional, Janna Nick Akui Masih Berkawan Dengan Dini Schatzmann

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nampak Janna Nick & Dini Schatzmann Keluar Bersama, Netizen Husnuzon – ‘Dah Putus Masih Boleh Kerja Sama’

Artikel Berkaitan: ‘Takkan Paksa Orang Stay, Let Him Go’ – Janna Nick Tahu Harga Diri

Mungkin lepas Ramadan…

Ketika ditemui OhBulan!, Dini atau nama penuhnya Dini Azan Schatzmann memaklumkan bakal berkongsi satu berita yang besar buat dirinya. Namun, hal itu harus diceritakan pada masa yang sesuai kerana terdapat beberapa perkara yang terjadi yang menjadi sebab dirinya tidak dapat berkongsi hal itu segera.

Sebenarnya saya tak boleh beri sebarang komen buat masa sekarang. Tetapi kami akan ada berita yang kami akan kongsikan dengan semua orang dalam masa terdekat.

Berita yang agak besar…tapi kena tunggu. Insya-Allah, mungkin lepas Ramadan. Saya rasa semua benda ada waktu dan perancangan macam mana ia berjalan.

Buat masa sekarang bukan masa yang sesuai. Ada beberapa perkara yang sedang terjadi yang buatkan masa sekarang ini tidak sesuai untuk berkongsi hal ini.

Kami baik saja

@ohbulanofficial

Wahhh teaser ape ni ??#OhBulan #news #fyp

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Dalam pada itu, ditanya bagaimana keadaan hubungan dengan pelakon berusia 27 tahun itu, Dini menyatakan mereka dalam keadaan baik sahaja.

Hubungan saya dengan Janna memang baik, tak pernah tak baik. Kalau apa-apa pun kita tak akan gaduh. Kami sentiasa ada satu sama lain. Kami pun masih bekerjasama.

Semuanya baik…tiada masalah apa apa.

Dini berkata demikian pada malam kemuncak Anugerah Gempak Most Wanted 2022 di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Pada malam AGMW2022, pempengaruh Hafiz Mahamad dinobatkan sebagai pemenang utama dengan meraih jumlah undian tertinggi iaitu 125,288 sekaligus membawa pulang trofi dan mata ganjaran McDonald’s.

Meerqeen dan Anna Jobling pula dinobatkan sebagai pemenang kategori Drama Trending Tergempak menerusi naskah Melur Untuk Firdaus.

SKIP THIS AD ×