
Pelakon, Janna Nick berkongsi pandangan imej wanita yang elegan (classy) terbentuk secara semula jadi hasil pengaruh latar belakang serta persekitaran yang membentuk seseorang sejak kecil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick & Azar Azmi Akhirnya Bertemu, Berpelukan & Tak Mampu Tahan Sebak – ‘Janji Jangan Hilang Lagi’
Artikel Berkaitan: Janna Nick Nafi Buka Akaun Threads Palsu – ‘Saya Dekat Jepun, Macam Mana Pula Nak Buat Fake Account Dari UK?’
Rempit
View on Threads
Kata pemilik nama lengkap Nurul Jannah Munner, 31, setiap individu mempunyai latar belakang yang berbeza.
Jelasnya, tidak semua orang berpeluang membesar dalam suasana yang serba mewah.
Cuma nak cakap, bukan semua orang bernasib baik membesar dalam persekitaran yang classy dan classy itu tidak boleh dibuat-buat.
Kalau rempit tu, rempit saja la.
Mengulas lanjut, Janna berkata dirinya lebih dekat dengan imej rempit berbanding imej wanita elegan.
Hal ini kerana, Janna berkata latar belakang kehidupannya yang membesar di kampung.
Saya rempit (bukan minah rempit yang pergi race malam) tapi sebab membesar dekat kampung.
Umur 11 tahun dah pandai bawa motosikal.
Pergi sekolah pun bawa moto sendiri untuk beberapa tahun dan pernah juga membesar dalam kawasan perumahan flat.
Jadi, memang tidak boleh lari dari nampak rempit.
Sumber: Threads








