
Sepotong video memaparkan pelakon dan pengacara, Janna Nick menikmati burger tepi jalan bersama suaminya, Dini Schatzmann, mencuri perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: Janna Nick Syukur Bella Astillah Kini Bahagia Bersama Syed Saddiq – ‘Allah Gantikan Kesedihannya Dengan Sesuatu Lebih Baik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick Berjaya Tamat Master Di UK – ‘Setahun Saya Simpan Sebab Takut Penyakit Ain’
Layan burger tepi jalan

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, pasangan itu dilihat singgah di sebuah gerai burger sejurus selesai menghadiri Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 pada Ahad lalu.
Janna dan Dini mengakui mereka berasa lapar kerana tidak berkesempatan menjamah makanan sepanjang menghadiri acara berkenaan.
Lebih mencuit hati, Janna berkata sudah hampir setahun dia tidak menikmati burger tepi jalan sejak berhijrah ke London.
Sebelum balik London nak makan burger tepi jalan dulu. Saya rasa sudah setahun tak makan burger Ramly. Rasa dia luar biasa. Burger tepi jalan macam ini memang sedap, tak sama macam burger dekat London.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya yang terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri itu.
Malah, ramai turut bersetuju bahawa keenakan burger tepi jalan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Video
Sumber: TikTok






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)