
Pelakon dan pengacara Janna Nick tampil mempertahankan dirinya selepas didakwa telah membuat satu akaun palsu di platform Threads.
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Sombong, Janna Nick Terima Teguran Dengan Hati Terbuka – ‘Saya Minta Maaf, Kalau Awak Tak Suka Saya Pun Tak Apa’
Artikel Berkaitan: Saya Bersiap Waktu Kerja, Di Luar Saya Selekeh & Tak Glamor’ – Janna Nick Nafi Sombong, Akui ‘Insecure’
Janna mempertahankan diri
View on Threads
Menerusi sebuah hantaran, warganet mendakwa Janna telah membuka satu akaun Threads palsu semata-mata untuk membuat aduan terhadap seorang kru penerbangan.
Tindakan itu didakwa dilakukan selepas kru penerbangan tersebut mendakwa pernah mempunyai pengalaman kurang menyenangkan bersama Janna di dalam pesawat.
Tidak berdiam diri, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 31, tampil menjelaskan tentang isu akaun palsu tersebut dengan berkongsi lokasi terkini.
Saya dekat Jepun ni. Dari 13 April lagi saya sudah bergerak ke China, macam mana pula nak buat akaun palsu dari United Kingdom?
Saya dah cakap, awak semua ni senang percaya fitnah-fitnah dunia ini tapi tak sedar.
Sudah kenapa pula nak buat akaun palsu? Tak gigihlah.
Dalam masa yang sama, isteri kepada aktor Dini Schatzmann ini juga menafikan dakwaan bahawa dia mahu bertindak menyaman sebuah syarikat penerbangan.
Airline mana saya nak saman pun saya tak tahu.
Nak sebut dialog, ‘I nak saman airline’..bunyi macam dialog drama sangat.
Lantaklah nak percaya cerita-cerita ini semua.
Terdahulu, individu yang bertugas sebagai kru penerbangan tersebut mendakwa Janna seorang selebriti yang sombong dan sukar untuk bertoleransi ketika pesawat yang dinaiki mereka mengalami masalah teknikal.
Sumber: Threads








