Benarlah orang kata, setiap wanita yang bergelar seorang ibu pasti merasai detik-detik yang tidak dapat dilupakan menanti kehadiran cahaya mata sehingga terpaksa bertarung nyawa melahirkan anak tercinta.
Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang ibu muda yang dikenali dengan nama Shamira Roslan dijemput Ilahi ketika sedang sarat mengandung anak keduanya.
Arwah kritikal
Nak minta tolong semua doakan sepupu shida kuat semangat.. sekarang tengah kritikal dekat hospital taiping.. pagi Ni…
Posted by Shuhada Fazli on Sunday, October 18, 2020
Menerusi perkongsian Shuhada Fazli di Facebook, sepupunya (Shamira Roslan) mengalami masalah sesak nafas dipercayai disebabkan jangkitan kuman. Berikutan daripada masalah kesihatan yang dialami si ibu, anak kecil yang berada dalam kandungan tersebut tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.
Namun siapa sangka, tidak lama selepas itu, si ibu yang berada dalam keadaan kritikal pula dijemput Ilahi. Difahamkan, arwah Shamira Roslan telah meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki berusia 4 tahun.
Sungguh besar pengorbanan ibu
Yang tak rapat pun terkesan dgr berita pemergian dia..sebab kenal, satu sekolah, pernah bertugas pengawas sama2 ,…
Posted by NaJma ALwie on Sunday, October 18, 2020
Sungguh besar pengorbanan seorang ibu..
kak sha Shamira Roslan terima kasih selama ni banyak support ecah.dari mula…
Posted by Aishah Samsuri on Sunday, October 18, 2020
Al-fatihah
Mintak sedekahkan Alfatihah dekat kak ipar eyma Shamira Roslan dan baby. Allahuakhbar tak mampu nak cakap apa Ya Allah…
Posted by Eyma Shakira on Sunday, October 18, 2020
Pemergian Shamira Roslan telah meninggalkan kesan terhadap ramai orang terutamanya ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat. Mereka tidak putus-putus menitipkan doa dan berharap agar suami dan anak arwah dapat menerima ujian ini dengan hati yang terbuka. Mereka turut mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah.
Sumber: Shuhada Fazli, Facebook