berita

Petugas Kesihatan Sebak, Tak Jumpa Anak Sejak Cuti Sekolah Kerana Covid-19

March 26th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Demi tanggungjawab dan amanah yang diberikan, seorang kakitangan barisan hadapan yang bertugas di Hospital Seremban, Negeri Sembilan tidak dapat bertemu dengan anaknya sejak cuti sekolah yang lalu.

Menerusi Instagram pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi perbualan yang cukup mengundang sebak di antara dirinya dengan petugas tersebut yang dikenali sebagai Nurul.

18 jam sehari

 

https://www.instagram.com/p/B-HqGqdgczs/

Menerusi video berdurasi 11:38 saat itu, Nurul memberitahu bahawa dia dipinjamkan daripada unit rawatan jantung untuk memenuhi keperluan rawatan pesakit Covid-19 di tanah air sendiri. Pada masa yang sama, dia turut berkongsi kesukaran pemakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) di mana setiap kakitangan yang bertugas terpaksa mengenakan sut berkenaan sehingga 18 jam sehari. Tambahnya, harga sut tersebut mencecah ratusan ringgit.

Disebabkan itu, kebanyakan mereka terpaksa menjamak solat fardhu dan menahan lapar sehingga mereka membuka dan melupuskan PPE tersebut. Di samping itu, dia tuurt memberitahu bahawa kakitangan yang bertugas di Unit Rawatan Rapi pula terpaksa bekerja lebih daripada 18 jam sehari bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan baik dan menerima rawatan sepenuhnyaa.

Tidak mahu merisikokan nyawa mereka

Berbicara mengenai soal anak, Nurul memberitahu bahawa dia tidak berpeluang bertemu dan memelukanaknya kerana tidak mahu merisikokan nyawa mereka. Malah, Pak Nil turut terkejut apabila Nurul memberitahu statusnya sebagai ibu tunggal.

Saya tidak dapat berjumpa mereka sejak cuti sekolah. Saya terpaksa menghantar kedua-dua anak dekat adik di Cameron Highlands. Saya merupakan ibu tunggal Pak Nil. Selalunya kami akan buat panggilan video dan mereka akan bertanya bila ibu nak balik, bila kita boleh makan bersama dan keluar jalan. Saya hanya mampu memberitahu mereka , bila keadaan semua dah okay. Kami sendiri tidak pasti bila keadaan akan pulih. Ramai kawan-kawan di Hospital Sungai Buloh sudah lama tidak pulang ke rumah kerana kekurangan kakitangan dan ada juga yang sanggup berhenti memberi susu badan buat anak kerana takut dijangkiti wabak berkenaan.

Nurul memberitahu bahawa dia ikhlas dan terus berjuang melawan wabak ini. Demi mahu balik ke rumah dan jumpa anak-anak yang sedang merindui, dia tetap tabahkan hatinya. Menurut Nurul, ayahnya turut berpesan agar jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah dan dia perlu kuat untuk anak-anak. Pesanan bahawa dia akan pulang dengan segera turut dititipkan Nurul buat kedua-dua anaknya.

Sumber: Aznil Haji Nawawi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×