Siapa sangka, hubungan mereka yang dahulunya bermula sebagai pensyarah dan pelajar akhirnya berubah menjadi pasangan suami isteri. Itulah detik perkenalan Sajid Ali dan isterinya, Zoya Noor.
Artikel Berkaitan: Jarak Umur 46 Tahun, Nenek Seronok Dapat Kahwin Dengan Lelaki Muda – ‘Umur Dah 83 Tahun Tapi Masih Dapat..’
Artikel Berkaitan: Jarak Usia 37 Tahun, Nenek 17 Cucu Kahwini Jejaka 24 Tahun, Dah ‘Ready’ Nak Ada Anak Bersama
Pensyarah kahwin dengan pelajar
Meskipun mempunyai jarak usia sebanyak 32 tahun namun ia langsung tidak menjadi penghalang bagi pasangan dari Pakistan ini untuk mengecapi kebahagiaan. Menurut pensyarah yang dikenali dengan nama Sajid Ali berusia 52 tahun, pelajarnya iaitu Zoya Noor, 20 tahun telah memulakan langkah mendekatinya.
Wanita itu kemudian meluahkan perasaannya terhadap Sajid Ali sebelum melamar pensyarahnya itu. Namun lamaran Zoya ditolak hanya kerana Sajid Ali tidak yakin untuk mendirikan rumah tangga dengan jarak usia mereka yang agak jauh. Namun dalam masa yang sama, Sajid meminta masa selama seminggu untuk memikirkan lamaran tersebut dan sepanjang tempoh itu, dia mula jatuh cinta dengan Zoya.
Susulan daripada itu, Sajid akhirnya bersetuju untuk mengahwini pelajarnya. Akan tetapi, keputusan mereka tidak dipersetujui oleh saudara-mara kedua-dua belah pihak. Walau bagaimanapun, perkara tersebut langsung tidak menghalang mereka malah Sayid dan Zoya kini bahagia dengan rumah tangga yang dibina.
Sumber: India Times