Benarlah orang kata, cinta itu tidak mengenal usia. Meskipun perbezaan umur sebanyak 43 tahun, namun ia bukanlah menjadi penghalang buat Iris Jones dan Mohamed Ahmed Ibriham untuk mengecapi kebahagiaan.
Cinta tak kenal usia
Menurut sumber, Iris Jones berusia 83 tahun telah berkenalan dengan Mohamed Ahmed Ibriham, 37 tahun menerusi Facebook pada tahun 2019. Sejak daripada perkenalan itu, mereka membuat keputusan untuk menjalinkan hubungan cinta sebelum masing-masing bersetuju untuk berkahwin pada tahun 2020. Sudah hampir tiga tahun, Iris dan Mohemad bahagia hingga ke hari ini.
Bercerita dengan lebih lanjut menerusi program televisyen This Morning, Iris memberitahu bahawa dia sangat menyenangi dengan sikap peribadi Mohamed yang sangat memahami dan menyayangi dirinya. Bukan itu sahaja, Iris mendakwa usia Mohamed yang jauh lebih muda darinya secara tidak langsung membuatkan dirinya turut berasa seperti ‘orang muda’.
Dia buat saya rasa muda. Saya juga tak sangka bahawa saya dapat menikmati hubungan intim pada usia 83 tahun.
Dalam pada itu, Iris turut menyelar dakwaan sesetengah pihak yang menuduh Mohamed berkahwin dengannya hanya kerana wang. Sebaliknya dia menegaskan bahawa mereka berdua saling mencintai antara satu sama lain dan hubungan itu bukan disebabkan harta serta wang ringgit seperti yang digembar-gemburkan.
Sumber: Leicester Mercury