berita

Jarang Kongsi Aktiviti Tabligh Di Media Sosial, MK Takut Dilabel Suka Menunjuk

February 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, foto penyanyi rap MK K-Clique menyertai kelas agama bersama kumpulan jemaah tabligh menarik perhatian wargamaya hingga tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Masih Solo, Ibu Tak Pernah Suruh Kahwin Cepat – ‘Saya Dalam Proses Memperbaiki Diri’

Perjalanan rohani masih aktif

Ketika ditemui OhBulan!, MK menyatakan perjalanan mendekatkan diri ke jalan agama masih berjalan seperti biasa.

Ditanya kenapa jarang berkongsi di media sosial, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan akui takut digelar riak.

Insya-Allah, masih lagi mendekatkan diri (kepada agama) dan terus memperbaiki diri menjadi orang lebih baik.

Masih (belajar agama) tapi cuma jarang kongsi dalam sosial media. Bukan apa, saya takut orang label saya riak dan menunjuk-nunjuk.

Ramai mengidolakan

Dalam pada itu, pelakon drama The Hotel akui sedar dia sudah menjadi tumpuan ramai orang sehinggakan ada yang menjadikan dirinya sebagai idola.

Oleh sebab itu, anggota kumpulan K-Clique yang berumur 26 tahun ini lebih berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan kontroversi panas yang boleh menjejaskan reputasi.

 Saya sedar, sekarang ramai yang jadikan kita sebagai ‘role model’.

Dari golongan kanak-kanak dan orang dewasa, menjadi tugas saya tunjukkan contoh yang baik. Sebelum ini, banyak kontroversi yang saya terpalit.

Terdahulu, MK dilihat mengikuti kelas agama bersama jemaah tabligh di Jerantut, Pahang selain sudah tidak lagi menggayakan fesyen berantai.

Sumber: Instagram @hairiwhuut

SKIP THIS AD ×