Jasad seorang bayi perempuan ditemukan di bahagian atas siling sebuah tandas pelajar di Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) Negeri 1 Wanayasa, Banjarnegara, pada 1 Disember.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sukarelawan Malaysia Kongsi Keadaan Selepas Banjir, Sebak Banyak Jasad Belum Ditemui – ‘Bau Mayat Masih Kuat’

Artikel Berkaitan: Warga Emas Tanam 20 Beg Plastik Berisi Jasad & Tulang Bayi Di Belakang Rumah

Jasad bayi atas siling

Memetik laporan media Indonesia, jasad tersebut ditemui ketika seorang petugas kebersihan menjalankan tugas pembersihan sekitar 8.30 pagi. 

Merasakan ada sesuatu yang tidak kena selepas melihat keadaan siling yang agak aneh, individu itu kemudian memanggil rakannya untuk membuat pemeriksaan.

Memandangkan kedudukan siling agak tinggi, mereka menggunakan kamera telefon bimbit yang diletakkan pada tripod untuk merakam keadaan di bahagian atas siling. 

Hasil rakaman tersebut menunjukkan keberadaan jasad bayi. Susulan daripada itu, mereka tampil membuat laporan polis. Beberapa barangan yang ditemukan di sekitar lokasi turut diambil sebagai bahan bukti bagi membantu siasatan.

Jasad bayi tersebut kemudian dibawa ke hospital daerah bagi melalui proses pemeriksaan forensik. 

Pihak polis kini mengumpul keterangan daripada saksi serta melakukan analisis terhadap barang bukti yang ditemukan.

Setakat ini, identiti ibu kepada bayi berkenaan masih belum diketahui. 

Sumber: Netral News, MSN